Wednesday 25 February 2015

Eurotrip : Chamonix dan mendaki Mont Blanc


Chamonix adalah kawasan pergunungan yang terletak di bahagian tenggara Perancis. Selalunya kalau sebut Chamonix (sebut sha-mo-ney) memang tak ramai yang tahu tapi kalau sebut Mont Blanc mesti ramai yang pernah dengar jenama jam yang famous tu dan kenal puncak tertinggi di banjaran Alps yang ada dalam buku geografi tingkatan 4.

Hari ke 4 aku kat europe tapi masih tiada tanda-tanda salji akan turun tapi suhu masih juga di bawah paras beku. Perjalanan hari ini akan mengambil masa dalam 1 jam meliputi 85km dengan memandu dalam kelajuan yang ditetapkan. Seawal 8.30 pagi yang masih gelap kami memulakan perjalanan menuju ke Harley Davidson bagi mendapatkan keperluan cenderahati untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Harley Davidson Geneva berada di jalan susur ke lebuh raya menuju ke Perancis kira-kira 10 km dan cuma 20minit perjalanan dari rumah kawan aku.


Harley Davidson Geneva yg tutup...oh aku kechiwa..

Kami tiba di Harley Davidson cawangan Geneva kira-kira jam 10.30 pagi namun malangnya kedai motorsikal berkuasa besar tersebut masih lagi tutup dek cuti Krismas yang disambut semalamnya. Dalam keadaan yang separuh kecewa kami meneruskan perjalanan setelah mengambil beberapa keping gambar selfie di hadapan kedai motor itu. Walaupun kecewa perjalanan tetap diteruskan dengan tujuan dapat mendaki puncak Alps setelah Eiffel tower berjaya ditakluki.

Dibalik awan itu ada satu puncak batu yang tinggi...serius aku tak tipu

Bayar tol kat Perancis..kat swiss x kena tol

Dalam perjalanan kami singgah beberapa kali di R&R yang terdapat di sepanjang jalan. Tujuannya adalah untuk melihat pemandangan yang menarik sepanjang jalan. Pihak Perancis juga meletakkan beberapa perhentian di spot2 terbaik untuk melihat pemandangan Mont Blanc dari jarak jauh.

Perjalanan menuju ke Chamonix dijamu dengan pemandangan yang memukau mata

Kami sampai di Chamonix agak lewat dari apa yang dijangka. Mungkin sebab kami banyak berhenti untuk coffee break sebab walaupun perjalanan agak dekat tapi kami hanya bersarapankan biskut-biskut dan nasi goreng yang dimasak baki dari makan malam semalam. Di Chamonix, kereta tidak dibenarkan untuk parkir sesuka hati. Terdapat parkir-parkir yang berhampiran dengan kadar-kadar tertentu. Sebelum kami meneruskan perjalanan menaiki Mont Blanc terlebih dahulu kami makan tengahari bagi mengelakkan kelaparan sebab cuaca pada ketika itu amat sejuk sekali iaitu kira-kira minus (-) 6 darjah celcius di Pekan Chamonix. Ini cuma langkah-langkah pencegahan kekurangan glukos dalam darah supaya tak pengsan semasa perjalanan.


Mercure hotel Chamonix

Chamonix nih adalah pekan kecil dimana berlangsungnya olimpik musim sejuk yang pertama iaitu pada tahun 1924. Di pekan inilah terletaknya Aiguille du Midi iaitu salah satu dari gugusan Alps Perancis. Di Aiguille du Midi ini terdapat kereta kabel menuju ke puncak bagi menyaksikan Mont Blanc selaku puncak tertinggi Alps. Chamonix ini juga merupakan salah satu bandar atau pekan bermain ski yang terkenal di dunia.

Pemandangan pekan / bandar Chamonix

Setelah berjalan selama 10 minit menuju ke kereta kabel kami terpaksa berpatah balik. Telinga aku rasa kebas dan teramat sakit akibat tidak memakai topi salji atau penutup telinga. Kami terpaksa berpatah balik ke kereta kerana tidak mungkin aku dapat bertahan dengan cuaca sejuk sebegini tanpa penutup telinga apatah lagi di puncak nanti.

Menunggu giliran untuk menaiki kereta kabel ke puncak Alps.

Setelah bersiap sedia dengan peralatan dan pakaian yang bersesuaian kami pun beratur di depan pintu bagi membeli tiket menaiki kereta kabel. Harga tiket bagi dewasa untuk perjalan pergi dan balik adalah 57 euro seorang. Jika tidak silap tiket kami itu adalah bagi annual pass. Sila rujuk disini. Perjalanan menuju ke Aiguille du Midi mengambil masa kira-kira 20 minit dengan 2 perhentian.


First platform

Perhentian pertama dengan ketinggian 2317m dari paras laut. Di paras ini kita akan bertukar kereta menuju ke puncak. Bagi sesiapa yang tidak membeli tiket ke puncak, boleh bermain salji atau mendaki ke puncak secara manual.

Kesemua penumpang akan turun di aras satu. Bagi yang membeli tiket sehingga ke puncak anda akan disemak tiket sekali lagi manakala yang lain bebas untuk menikmati pemandangan sehingga di aras satu ini.

Gigih betul brader nih naik secara manual

Perjalanan seterusnya agak mencabar lagi. Kereta kabel bergerak semakin laju dan adakalanya pengunjung akan menjerit ketakutan apabila kereta bergoyang setelah bertemu dengan penyambung kabel yang diikat berdekatan dengan tiang. Apa yang paling mengkagumkan adalah apabila kereta berhenti berhadapan dengan batu puncak yang besar dan perlahan-lahan menuruti batu tersebut hingga ke puncak.


cuba teka gambar apa nih...cuba sengetkan kepala ke kanan...


Secantik mana gambar cantik lagi pemandangan sebenar

Kalau di aras satu lanskapnya lebih kepada permukaan salji yang luas namun di  puncak terdapat banyak dek yang diperbuat dari kayu digunakan sebagai penghubung antara puncak. Terdapat juga terowong dan juga muzium yang ditempatkan di dalam terowong-terowong tersebut. Suhu di puncak memang sangat sejuk. Kalau di bawah sudah minus 6 degree apatah lagi di puncak. Kami hampir tidak dapat bertahan dek angin yang kuat yang melanda puncak Aiguille du Midi. Meskipun kami cuba untuk berlindung dalam terowong yang ada tapi kedinginan masih lagi mencengkam.


Platform di second layer...

Di puncak Aiguille du Midi terdapat sebuah cafe yang menjual makanan ringan namun begitu ia sentiasa penuh dek pelawat yang ramai terutama ketika musim cuti. Tapi kalau dapat kopi panas cicah biskut lutut memang terbaik. Setelah lebih kurang sejam kami berada di puncak Aiguille du Midi kami pun mudik ke bawah semula dengan tujuan dapat sampai semula di Geneva sebelum matahari terbenam.

Untuk makluman semua perjalanan terakhir kereta kabel ke puncak Aiguille du Midi adalah pada jam 3.30 petang tapi sebaik-baiknya awal sikit sebab boleh ambil sedikit masa di puncak. Ketika dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di Tesco untuk membeli sedikit kelengkapan dapur, terdengar cakap-cakap 2 orang pelancong di belakang kami yang menyatakan krismas tahun ini adalah 'disaster' sebab tiada salji. Memang iya, 26 Disember 2015 tiada salji di salah sebuah resort ski terkenal di dunia.

bersambung...

Wednesday 11 February 2015

Eurotrip: Bye bye Paris Hello Geneva, Montreux

Seawal pagi lagi kami bertolak ke Chales De Gulle...sebabnya flight ke next stop iaitu Geneva pada jam 9 pagi. Kalau pukul 9 pagi maknanya jam 6 lagi kami dah tercongok kat GDL. Dalam bas ke CDG tuh terserempak dengan 2 orang aweks Malaysia. Pada mulanya aku rasa nak bertegur sapa. Sekali diorang sembang je hingaq satu bas so cancel je la.

Charles De Gaulle Airport terminal 1 

AirFrance to Geneva

Perjalanan ke Geneva mengambil masa dalam 2 jam penerbangan. Pesawat Airfrance ke Geneva nih sama macam budget flight yang lain cuma kami diberi cookies dengan air oren je sebagai kudap-kudapan. Sekurang-kurangnya ada la jugak.


Goodbye Paris for now...xnampak pon Eiffel tower


Hello Geneva

Kami tiba di Geneva Airport lebih kurang 11 pagi lebih sikit..Sessi ambil beg memang agak mudah sebab aiport Geneva nih kecik dan x ramai orang, tambahan pulak kami je penumpang yang sampai pada masa tuh. Sampai2 je kami dijemput oleh tuan rumah...orang melayu yang menetap kat Geneva...Lunch provided...yahooo...


Geneva Airport


Nih pun sama..Geneva airport dari luar

Geneva adalah satu bandar yang x berapa besar...ada old town dan ada new town...cuma Geneva nih femes sebab dia adalah bandar United Nation(UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Jadi sebab itu sara hidup kat bandar nih agak mahal terutama sekali sewa rumah. Kalau kereta kat Europe memang murah (jangan convert ke ringgit malaysia). BMW baru boleh dapat bawah 30 ribu euro. Audi A3 cabriolet used boleh dapat dalam 13k euro yang mana kat Malaysia dapat la dalam 150k....tapi sewa rumah bermula dari 2k swiss franc...dan makanan seperti daging halal dan lain2 agak sukar sikit terutama bila ada cuti2.


Bangunan apa tah..tapi kat area pinggiran bandar geneva dekat dengan airport

Ekceli hari nih cheat day...maknanya xde trip yang dirancang...cuma lunch dengan jiran tuan rumah dan pusing bandar Geneva termasuk UN dengan menaiki kereta. Lunch sungguh menyelerakan...lama x makan nasik lauk daging masak kicap ngan udang galah masak lemak memang terangkat.(baru 2 hari x makan nasik)

Cheat day hari tuh x menjadi kenyataan. Lebih kurang pukul 3 petang kami start keter dan menuju ke satu tempat bernama Montreux. Montreux nih adalah satu pekan kecil yang terletak kira-kira 100km dari Bandar Geneva. Secara geografinya ia berkongsi tasik Geneva dan ianya berlatarbelakangkan banjaran Alps. Sebenarnya bagi orang Swiss (ikut cerita member aku) diorang gelarkan Montreux nih Monaco of the Swiss sebabnya banyak casino kat sini ditambah pula dengan kewujudan banyak hotel-hotel mewah.


Jambatan kayu entrance ke Château De Chillon 

Tujuan sebenar kami ke Montreux nih adalah untuk melawat Chateau de Chillon. Sebenarnya masa tengah mencekik tuh kami sembang-sembang pasal tempat-tempat yang berdekatan untuk dilawati kecuali Bandar Geneva. Chateau de Chillon nih adalah sebuah istana lama (sangat lama kut) yang x tau bila ia dibuat tapi mengikut Google rekod pertama yang ada mention pasal istana nih bermula seawal tahun 1005 dan 1160.


Amacam...seram tak?

Perjalanan dari Geneva ke Montreux menagambil masa kira-kira 1 jam perjalanan menaiki kereta. Kami agak kesuntukan masa sebab mengejar matahari. Cuaca pada tengahari amat cerah namun begitu mulai suram menjelang petang. Matahari terbenam di Swiss semasa winter lebih kurang jam 4.30 hingga 5 petang. Tambahan pula tuan rumah ada function malam tuh jadi kami kena balik dan sampai di Geneva sebelum 6.45 petang.


Pandangan luar kastil nih

Kami tiba di Montreux kira-kira 4.30 petang betul-betul sebelum matahari terbenam. Sempat ambil a few shots di lokasi sebelum malam mulai menjelma. Kesian jugak kat satu bas pelancong dari Jepun yang tiba agak lewat so tak dapat enjoy the everning view.


Hari nih tutup jugak...off day...asik2 tutup je


Dalam perkarangan castle nih ada 2 ekor angsa bermain2..cam fairytale lak


Pandangan tepi château dengan lake Geneva



Patutnya David teoh buat citer hantu dia kat sini



Jetty yang ada kat sebelah Château De Chillon


Gambar x di edit...memang semulajadi seram...aauuuuu

Disebabkan masa yang tak mengizinkan, kami balik tanpa sempat singgah ke pekan Montreux untuk mengambil gambar. Tak sempat la aku berselfie kat patung Freedie Mercury. Kat Montreux nih merupakan lokasi recording band-band terkenal seperti Queen dan Deep Purple. (Kalau x caya cuba hayati lirik Smoke On the water).Jadi sebab tu ada statue Freedie kat sini. Tapi secara serius, pekan Montreux memang interesting...facilities gred A tapi tak crowded. Korang kena datang sendiri.

Setelah hantar tuan rumah pulang kami meneruskan perjalanan pendek ke Bnadar Geneva sambil berselfie di UN. Bandar Geneva nih memang sunyi pada waktu malam dan boleh kira kenderan yang lalu lalang. Keesokkan hari kami ada kerja berat nak menaiki gunung tertinggi di Eropah jadi rehat yang cukup amatlah diperlukan.

Bersambung...