Monday 25 August 2014

Dari Madinah ke Kota Suci Makkah



Di sekolah inilah dikatakan mayat "Singa Allah" Saidina Hamzah ditemui.

Disini merupakan lokasi terbunuhnya pakcik Nabi Muhammad S.A.W.iaitu Hamzah bin Abd Muttalib RA. Beliau telah dibunuh oleh Wahsyi, seorang hamba kulit hitam. Lalu hatinya diambil dan dimamah oleh Hindun (isteri kepada Sufyan).

 Kesemua 70 orang pejuang yang syahid telah dikebumikan disini.



Ini papan info yang menceritakan tentang kejadian perang Uhud nih.

Kalau ikutkan ada lagi lawatan-lawatan ziarah luar kat Madinah nih mcm pergi Masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat), Lapangan Magnet dan Kilang Al-Quran. Lapangan Magnet dengan Kilang Al-Quran nih kena bayar tambahan dan kami x pergi sebabnya time tuh Kilang Al-Quran tutup so x berbaloi pegi Lapangan Magnet saja dengan bayaran 20 riyal. Oh..lupa lak nak bgtau yang ziarah kami tuh pada hari Jumaat so nak kena rush in sket la mengejar saf kat Masjid Nabawi.

Venue last bagi mengakhiri ziarah luar di Madinah, kami berhenti dulu di Pasar Kurma bagi memberi peluang kepada jemaah-jemaah bagi mendapatkan kurma untuk dibawa balik ke Malaysia. (kalau Malaysia lah) Dengar cerita kat sini kurmanya lebih murah berbanding dari di ladang kurma yang kami dah lawat tadi.

Shopping pakcik...jgn x shopping
(Dalam peti ais rumah aku ada berlambak lagi kurma-kurma yang dibeli arituh. Dah 2 bulan lebih dah.)


Bak kata muttawif, kalau nak solat Jumaat dalam Masjid Nabawi kena tiba selewat2nya 2 jam dari waktu azan. Kalau tak alamatnya solat kat courtyard luar la jawabnya.x salah solat di luar cuma panas je la..Aku sampai kat masjid dalam sejam setengah lebih awal dari waktu solat dan nasib baik aku dapat jugak duduk dalam masjid cuma dapat di saf-saf hujung dah.

Lanskap sepanjang perjalanan ke Makkah

Selesai solat Jumaat kami diberi masa dalam 1 jam untuk siap2 dan bertolak ke Kota Makkah al Mukarramah. Sebelum memulakan perjalanan kami diminta untuk memakai ikhram sebab kami akan bermiqat di masjid Bir Ali.


NIAT IHRAM UMRAH

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
Wanita yang sedang berhaid dan nifas boleh berniat Umrah dan terpaksa menunggu hingga bersih, barulah boleh melakukan Tawaf untuk Umrahnya dan menyelesaikan segala amalan amalan Umrahnya yang lain.

Dalam memakai ihram untuk tujuan umrah terdapat beberapa syarat dan larangan yang harus dipatuhi. Kalau x patuh or langgar terdapat hukuman yang perlu dikenakan seperti dam dan sebagainya.

Ni perkara2 yang dilarang dalam ihram ketika menunaikan umrah.
  1. Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
  2. Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
  3. Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
  4. Memakai minyak pada rambut dan janggut.
  5. Mencabut bulu atau rambut dari badan
  6. Memotong kuku.
  7. Membunuh binatang buruan.
  8. Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.  (no no no )
  9. Jimak (bersetubuh)(big no)


Perjalanan dari kota Madinah ke kota Makkah jauhnya lebih kurang 487 km menaiki bas. Kami dibenarkan berenti 2 kali saja iaitu di Bir Ali untuk berniat dan di Wadi Qudaid untuk makan malam. Kami berhenti untuk berehat sebentar di Wadi Qudaid dan juga menikmati hidangan makan malam. Kami dihidang dengan nasik arab berlaukkan ayam dan ikan goreng. 1 talam 5 orang, makan arab style. (sorry...xde gambar...dalam ihram ye)

Selepas itu kami teruskan perjalanan. Perjalanan mengambil masa lebih dari 5 jam kalau x silap aku termasuk berhenti. Itu pun dah termasuk driver bas yang bawak bas laju (kira2 lebih 160km/j mengikut kata kawan aku...xtau la ada apps dia g sukat) Kami tiba di kota Makkah dah malam. Tersangkut pulak dalam traffic jam sebelum pintu masuk Tanah Haram lebih kurang 1/2 hingga 1 jam sebab banyak kenderaan berpusu2 masuk.

Sunset di padang pasir

Kami sampai agak lewat kira-kira dalam jam 9 malam kalau x silap. Menginap di hotel Malak Taqwa, hotel nih lagi crowded dari yang kat Madinah. Lif pun cuma ada 2 dan lebih dari 6 orang dah overload. X boleh nak complaint sbb kalau nak dok mewah kena ikut pakej Tabung Haji la...Dok kat hotel bawah Safwa Tower.

Selepas letak beg dan solat Isya plus jamak bagi Maghrib kami dibawa untuk umrah pertama kami di Masjidil Haram lebih kurang jam 11 malam. Perjalanan 600 meter harus diharungi dari hotel ke Masjidil Haram atau Kaabah. Wudu' jgn lupa amik di hotel bagi mana2 yang dah batal.

Bersambung...

Monday 18 August 2014

Madinah - Perjalanan Ke Kota Nabi

Perjalanan ke Madinah mengambil masa dalam 3 jam lebih.Nasib baik flight kira ok...siap dapat souvenir lagi...beg galas mini dengan sejadah (kain nylon je)..jadi la tuh..janji ada...gua salut u Turkish Airline (x sia2 amik Messi ngan Kobe jadi duta)

Terbukak je pintu airplane tuh..terasa bahang panas menggigit2 kulit mugil aku nih...pergh...macam pegi sauna cuma sauna panas dan lembab tapi cuaca kat sini lebih kepada panas dan kering...Turun dari kapal terus tunggu bas untuk pikap kami ke entrance airport Madinah. Disini (airport) proses mengecop pasport dan mengambil bagasi yg super besar tuh berlaku. Airport nih kecik je dan penumpang pun x ramai masa kami check in tapi proses mengecop tuh amik masa jugak sebab staff pun ada 2 orang je.



Untuk masuk ke Arab Saudi, visa adalah diperlukan. Cara-cara nak apply visa senang je. Ada 2 cara nak pohon visa nih..dan kabarnya ada 2 jenis visa utk masuk ke tanah Arab nih iaitu visa bisnes dan visa umrah. Visa umrah nih kalau nak buat sendiri pun boleh cuma leceh sikit la..caranya isi borang dan sertakan 2 keping gambar bawak sendiri ke kedutaan Arab Saudi di KL. Jangan lupa pulak bawak kad medical vaksin Meningitis. Cara kedua melalui agen. Gambar dan kad medical diperlukan jugak manakala hal yang lain2 agen akan uruskan semuanya. Memandangkan aku guna travel agen so senang sikitla...cuma agen pegang pasport aku agak lama so xleh la nak keluar Malaysia dalam tempoh waktu tuh.



Dari airport kami dibawa ke hotel penginapan di Kota Madinah. Di sini kami stay di Mubarak Silver. Hotelnya kira ok la bagi aku dengan fee yang dibayar cuma (ah..banyak komplen lak) lifnya x berapa nak menampung jumlah jemaah yang ramai menginap kat situ. Apa yang bagusnya lokasi hotel nih cuma 200 meter dari pintu Masjid Nabawi. Sampai2 je di hotel kami diberi welcome taklimat ringkas pasal apa program-program sepanjang kami di Madinah. Memandangkan kami tiba tuh lebih kurang time zohor maka kami disuruh check in bilik dulu dan terus turun ke lobi untuk sama-sama berjemaah di masjid.

Makanan yang disediakan kat hotel ni personally bagi aku sangat reasonable. Kira buffet style makan cam asrama kat Malaysia so xde masalah sangat bagi orang2 yg macam aku yg boleh makan semua benda (yg halal sahaja ya). Kalau x lalu or jemu boleh cuba try nasik arab even KFC pun ada jual berdekatan dengan Masjid Nabawi cuma harga dia agak mahal bg jemaah budget style macam aku ni. 


Dalam itinerary kami akan berada di Madinah selama 4 hari 3 malam dan selepas itu akan bertolak ke Kota Makkah menaiki bas. Berikut adalah jadual secara ringkas aktiviti di Kota Madinah :

Hari pertama   : Free and Easy
Hari ke dua     : Ziarah dalam (melawat Raudhah, Makam Nabi dan Perkuburan Baqii)
Hari ke tiga     : Free and Easy
Hari ke empat : Ziarah Luar (Melawat masjid 2 kiblat, ladang kurma, bukit Uhud, Masjid   
                         Quba   
                         Bertolak ke Makkah

Apa yang nak dibuat di Kota Madinah nih? Buat je apa yang kita slalu buat...tapi orang cakap buat baik banyak-banyak, buat jahat jangan sekali...pegi solat, makan2, dan kalau ada budget lebih boleh la shopping kat sini. Walaupun kota nih dipenuhi dengan jemaah ekceli banyak tempat2 untuk membeli belah dalam bangunan2 hotel tuh. Menurut ustaz yang bagi ucapan alu-aluan tuh, adalah afdal bagi kita untuk memakmurkan Kota Rasul ini.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain selain drp Masjidil Haram. 
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.

Ustaz yang muttawif kami nih cakap...semua kebaikan yang dilakukan di Tanah Haram Madinah nih akan dibalas dengan 1000 kali ganda kebaikan atau pahala...namun begitu bukan itu saja...setiap kejahatan juga akan dibalas 1000 kali bahkan kalau kita niat nak buat jahat sekalipun akan tercatit amalan kita tuh...ahah...so kena berhati2 la di tanah haram nih.

Masjid Nabawi nih memang sangat luas dan besar. Kalau ikut en wiki, Masjid Nabawi nih boleh menampung kira2 600 ribu jemaah (mungkin termasuk dengan courtyard kut) dalam satu2 masa dan akan meningkat sehingga 1 juta pada musim haji.  Walaupun cuaca di kota Madinah sangat panas iaitu anggarannya dalam 35 hingga 40 ++ darjah celcius tapi dalam Masjid Nabawi ni sangat dingin mungkin juga disebabkan oleh ventilation dan aircondnya. Air zamzam jugak free flow kat sini dan dalam masjid nih ada rak2 kasut di setiap saf jadi jangan risau la selipar or kasut hilang time solat.






Dibawah kubah bewarna hijau tersebut merupakan tapak rumah Rasul S.A.W dan isterinya Saiditina Aisyah R.A. Dan dibawah kubah ini lah baginda bersemayam setelah wafatnya. Bersebelahan dengan Makam Rasul S.A.W. merupakan makam Abu Bakar As-Sidiq dan Umar Al-Khattab.
 
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم مَنْ زَارَ قَبْرِى وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِى

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatkku. Hadis riwayat ad-Daruqutni.
 

من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي

Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati (kuburku), maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup. Hadis riwayat ad-Daruqutni dan al-Baihaqi.


Ini adalah pintu untuk masuk ke Raudhah (taman syurga) yang mana merupakan satu ruang terletak diantara rumah Rasulullah S.A.W. dengan mimbar syarif. (search dalam internet) Doa yang diminta di Raudhah ini insyaAllah akan dimakbulkan,namun begitu tempat nih memang ramai manusia berbaris dan beratur untuk solat sunat dan berdoa. Aku pun x berkesempatan untuk solat kat sini sebab mungkin tak diizinkan oleh Allah.

Ekceli aku ada snap juga gambar makam Rasulullah S.A.W. tapi aku rasa better korang pergi menziarahi baginda sendiri .


Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."


Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."


Pandangan personal aku, orang-orang Madinah nih agak peramah. Bukan sahaja peniaga-peniaga Arab yang peramah dan boleh speaking Bahasa Malaysia or Indonesia bahkan orang-orang tempatan pun agak suka menegur dan bergurau senda. (walaupun aku xpaham apa diorang cakap)

Korang tengok sayur-sayur yang peniaga nih jual kat luar Masjid Quba nih.

 Masjid Quba

Masjid Quba merupakan masjid pertama yang Rasulullah S.A.W. dirikan di kota Madinah. Telah diceritakan bahawa Nabi S.A.W. kerap ke masjid ini untuk menirikan solat sunat pada hari Sabtu dan adakalanya pada hari Isnin.




Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan  kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.


Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."



Ini merupakan pandangan dalam kedai menjual buah kurma masa lawatan kami di ladang kurma. Kebanyakan yang datang terdiri dari jemaah2 Malaysia dan Indonesia. Suasana dalam ni memang agak havoc dan time aku datang ni memang berpusu2 orang memborong buah kurma nak bawak balik Malaysia. (Masa ni lagi sebulan nak masuk bulan Ramadhan) Kat dalam tuh ada pagar so xde orang masuk ke dalam ladang kurma tuh, just ambik gambar area2 kedai tu sambil menikmati teh kurma panas secara percuma. Untuk makluman korang, apa yang ada dalam kedai nih boleh dimakan sesuka hati secara percuma (kurma je kut) dan hanya kena bayar kalau korang tapau bawak keluar kedai. So ini la yang dinamakan budget planning.

Bukit Uhud

Bukit Uhud adalah lokasi di mana perang Uhud berlaku. Dalam perang Uhud ni tentera Islam yang diketuai sendiri oleh Rasulullah S.A.W. berdepan dengan tentera kafir Quraisy diketuai oleh Abu Sufyan ibn Harb. Tentera Islam pada asalnya 1000 orang kesemuanya maju ke medan perang tapi hanya 700 orang saja yg berjaya hadir kerana telah terpedaya dengan kata2 ketua munafiq iaitu Abdullah bin Ubai . Maka dengan itu berlakulah perperangan diantara 700 pahlawan gagah Islam melawan 3000 orang tentera kafir Quraisy. Nabi Muhammad S.A.W. telah menempatkan 50 orang pemanah di Jabal Rumat dan memerintahkan mereka supaya tidak sekali2 meninggalkan pos mereka samada menang atau kalah. Panjang la pulak...jadi dipendekkan cerita...hanya 14 orang pemanah yang tinggal manakala yang lain turun bagi mengumpul harta rampasan perang. Ketika ini lah Khalid al- Walid (masa nih beliau belum memeluk Islam lagi) mengepung dan menyerang mereka. Kesudahannya 70 orang tentera syahid dan Rasulullah S.A.W. sendiri telah cedera dan dibawa bersembunyi di Gua Uhud.


Secara jujur aku bgtau bila tiba bumi Madinah ni keinginan aku untuk snap gambar2 jadi kurang. Mungkin niat tuh dah berubah dari melancong untuk melihat negara orang kepada melancong sambil beribadat.

Bersambung...

Monday 4 August 2014

Kesimpulan Trip Turki dan tips2

Bagi aku,Turki adalah satu destinasi recomended kepada sesiapa yang nak melancong ke Europe tapi kekurangan budget. Bukannya aku cakap travel kat Turki ni super cheap tapi matawang diorang yaitu 1 Turkish Lira kalau convert hanyalah dalam RM1.60 berbanding kebanyakan negara Europe lain guna Euro. (1 Euro =Rm4.45 (dah dibundarkan kepada perpuluhan yg hampir.)
Meskipun aku x travel habis Turki tapi sepanjang perjalanan di Istanbul dan Bursa aku rasa melancong di Turki ni sangat menarik. Tempatnya cantik, orangnya pun baik2 cuma makanan agak berbeza. Tak pasti sesuai ke x dengan org Malaysia yg orthodox macam aku nih. Walaupun agak menarik namun ada beberapa tips yang perlu korang amik port sebelum sampai ke Istanbul nih.



1. Takde tukar duit dari Ringgit Malaysia direct ke Turkish Lira. Samada di KL atau Istanbul...MEMANG X ADA!!! Tapi jangan panik. Korang tukar dulu duit korang dari RM ke USD or Euro dulu baru tukar kat Turki nanti. Memang rugi sikit la duit tu tapi memang no choice la..(sebab tu aku convert 1TL = RM2 sebab 2 kali convert...rugi..)



2. Tukar duit kat airport memang rugi pasal dia akan amik duit korang semurah yang mungkin...tapi andai kata korang tiba di Turki or Istanbul pada hari Ahad, adalah digalakkan tukar sikit dulu kat airport duit tuh sekadar yang mampu bertahan sbb money changer tutup hari Ahad. Bukan apa...just kut2 ada emergency.



3. Untuk makluman korang, xde tandas percuma kat Istanbul & Bursa (sepanjang trip aku la) termasuklah di masjid2 yg korang pegi. Kalo kat hotel ngan kedai makan tu ada la. So duit yg digalakkan tukar td tu la yang bakal berguna kemudian hari. Juga diingatkan purata harga nak masuk tandas adalah 1 TL. (Masuk toilet 2 ringgit tuh bro...dah la toiletnya...mmm)




4. Kalau nak byk aktiviti outdoor better amik trip time summer sebab time cuaca nyaman dan dingin. (Lebih kurang 19-25º celcius. Tapi kalo yg x penah tgk salji boleh je...ikut kemampuan dan kehendak masing2. Tapi Bosphorus ride tu pun dah sejuk time summer inikan pulak time winter...




5. Kalau membeli di Grand Bazaar macam biasalah...kena aktifkan mode "menawar sampai pengsan"...tapi sepanjang pemerhatian aku kat situ...ada kedai2 yang belah luar bazar atau penjual kaki 5 yang jual lagi murah dari kat dalam bazaar tuh. Misalnya...aku dapat keychain kat luar bazaar 1 TL sebijik yg mana kalo kat dalam tuh kena tawar menawar lg...apa yg penting...kerjaaasama..eh...silap...kena survey dulu betul2. Gred barang pun ada mcm2. Jgn sampai terbeli barang "made in Malaysia" sudah...




Itu saja kut tips2 yang aku ingat pasal trip Turki kali ini...berjumpa kita di waktu yang lain...Majulah traveling untuk semua...babai