Tuesday 11 March 2014

Perjalanan Miri - Batu Niah

 *Dipanjatkan doa kepada Tuhan sekalian alam agar pesawat MH370 ditemui semula dan kesemua penumpang dalam keadaan selamat dan sihat sejahtera.

#pray4MH370 and dont forget #subuh #zohor #asar #maghrib & #isya as well

okeh...sambung cerita

Lama sudah aku book tiket flight nih. Tahun lepas lg dgn Airasia zero fair aku dpt rm70 utk flight pegi balik dari kota kinabalu ke miri. Cadangan asal aku nak buat trip jalan2 cari makan maklumlah Sarawak memang terkenal ngan makanan tempatan nya yg nyaman (enak) sehinggalah seminggu sebelum tarikh flight.

Perjalanan ke Batu Niah mengambil masa lebih kurang 2 jam meskipun jarak perjalanan dari Miri adalah lebih kurang 120km sahaja. Ini bergantung kepada keadaan trafik dan kekerapan perjalanan terganggu. (nak g toilet or minum kopi di tengah jalan) Sampai dipersimpangan menuju ke Bintulu - Batu Niah terdapat sebuah pekan kecil umpama R&R. Kat sini ada 2 buah stesen minyak, kedai makan bahkan ada juga motel budget bagi sesiapa yang nak bermalam. Disinilah bas2 ekspress yang menuju ke Bintulu berhenti rehat. Kat sini juga tempat berhenti kalau kita naik bas utk ke Niah. Dari simpang ke Taman Negara ada lagi 15km. Kalau nak ke Niah dari sini kalau x silap aku ada terbaca dalam blog kena cari org yang menawarkan perkhidmatan membawa ke Taman Negara Niah nih dengan bayaran. Jadi tindakan aku untuk sewa kereta untuk ke destinasi ini rasanya adalah amat bertepatan sekali...jimat masa tapi rabak sikit lah poket. Kalau paling bagus kalau dapat kongsi dengan 2-3 orang lagi jadi perjalanan dapat dijimatkan dengan kadar yang maksima.
Pintu masuk ke Hq Taman Negara


Masuk je ke Taman Negara Niah aku terus pergi ke pejabat untuk register dan bayar tiket masuk. Cukup bertuah...Jam 9 pagi aku orang pertama yang trekking di Taman Negara Niah hari nih. Harga tiket adalah Rm10 sahaja tidak termasuk tambang bot untuk merentas sungai. Dari pejabat Taman Negara Niah kena ke jeti utk seberang sungai kira2 dalam 50 meter melalui chalet2 penginapan. Tambang bot menyeberangi sungai ni hanya RM 1 sehala. Maka dengan menyeberangnya aku perjalanan trekking Taman Negara Niah bermula. 


Single entry pass RM 10 sahaja...

Pejabat Taman Negara Niah yang baru

Sampan yg korang mesti naiki utk ke seberang

Buaya kat KL lg banyak dan lebih merbahaya so jgn risau (buaya darat)


Tiada masalah utk trekking berseorangan di Niah ni memandang treknya diperbuat dari simen dan kayu berupa jambatan.Asalkan korang ikut je trek yang dibuat tuh dan x terpesong rasanya xde masalah. Kat sini kena hati2 sbb ada part yg licin. Dalam 2 km berjalan tetiba nampak ada satu pondok nih ada orang berjualan barang2 cam cenderamata dan air tin x lupa jugak dengan keropok. Mula2 aku ingat nih cam scene cerita sundel bolong or citer melayu yang kalau kita makan mee goreng dia nnti bila kita muntah balik kluar ulat or cacing. Tapi ini Sarawak lah...nothing is imposible. Aku pun kecek Sarawak dgn makcik nih sambil2 tgk kaki diorang jejak tanah or tidak. Jejak tanah so kompom lah diorang nih orang. Makcik nih bagitau yg aku orang pertama hari nih (yg mana aku dah tau pun) dan slalu orang putih @ mat saleh je yg datang pagi2 nih...sambil bgtau makcik tuh aku orang melayu yg berjiwa mat saleh terus aku meneruskan perjalanan.


Kalau datang pagi mcm nih la viewnya


Keadaan trek kat sini (nih awal perjalanan lagi nih)


Ni pun keadaannya...jangan terpesong dari jalan nih ye

Kalau penat boleh lepak isap rokok dulu kat sini..org cakap pondok nih cam seram je...

Pemandangan bila dah dekat dengan gunung batu kapur blakang tuh. (iye kut gunung batu kapur)

nih pun sama

ni lah tempatnya yg aku citer tuh...nasib makcik nih smua kaki jejak tanah. (air tin harga rm3 ye)


 
Dah nampak tangga2 nih maknanya dah dekat la tuh...

Pintu masuk gua...Ni Trader Cave or nama melayunya Gua Dagang

 Pemandangan dalam Gua Dagang.

900 meter kemudian berjumpa lah aku dengan pintu masuk Gua Niah iaitu...Gua Dagang. Gua Dagang nih penuh dengan kayu2 yg dulunya dijadikan pangkin (pondok) tempat kaum asli berniaga. (Bagus jugak sbb ini membuktikan zaman dulu xde MLM nih) Gua nih pendek je dan x gelap pun sebab x tertutup. So perjalanan seterusnya ke Great Cave merangkap Gua Niah. Kelihatan struktur trek sudah berubah, tangga2 kayu sudah mulai menghantui stamina aku.Trek ke Gua Niah x berapa jauh dalam kurang 300 meter sahaja. Sampai je di Gua Niah aku terus lepak melepaskan lelah kat rumah Tom Harrison. (Omputeh yang buat kajian geologi kat sini pada tahun 50an. Kesemua tapak sejarah yang digali dipagar kemas so memang xde can lah nak amik gambar what so ever.

Inilah pemandangan yg mcm dalam buku teks sekolah rendah aku dulu..."gua niah adalah gua terbesar di dunia..bla bla bla"...ini rupanya gua niah sebenarnya (fyi : gua terbesar di dunia adalah Son Doong kat Vietnam)


Signboard pasal gua niah...(haram aku x baca pun...)

Kalau tgk betul2 kat atas tuh (tangga...i hate u)...cahaya tuh la yang buatkan aku meneruskan perjalanan...

Yup...cahaya nih lah yg memanggil aku naik tangga tuh...ray of light tuh kebetulan time aku sampai sini kul 11 pagi...time aku balik dah xde...jadi xyah dah g Jomblang. Kat Jomblang kalau mcm nih diorang panggil 'cahya dari surga'

Mula2 aku ingat nak berenti sampai Gua Niah je sebab aku tertinggal headlamp aku kat umah (bijak kan?) tapi dari umah Tom tuh aku nampak "cahaya dari surga" ala-ala Jomblang so by hook or by crook kena naik jugak tangga2 jahat tuh. Memang tepat skali timing aku ke gua nih sebab time tuh cahaya yang turun dari lubang atas gua tuh memang yang paling cantik dan ranum. Alang2 dah sampai kat perut Niah nih aku amik keputusan utk teruskan perjalanan ke Kain Hitam (Painted Cave). Untuk meneruskan perjalanan korang sunat memakai kasut yang boleh mencengkam ala2 cicakman dan jangan lupa juga torch light yg terang or headlamp. Aku? Ya...terlupa bawak torchlight ngan headlamp so aku pakai je lampu Samsung Tab 7.0 aku tuh...hasilnya aku berjaya la nampak kaki sendiri je. Perjalanan dalam gelap nih memang memperlahankan pace aku. Jalan selangkah2 sambil kepala terbayang jembalang tanah or pontianak ala2 Kristen Steward nak kokak leher aku.

Lepas keluar gua sampai tempat nih iaitu Kuala GanKira...tempat lepak yg bagus

Memang x nampak apa tambahan pulak berseorangan terpikir gak aku kalau terjatuh dari landasan memang nahas. So sambil bersabar aku harungi jugak dugaan tuh dan lebih kurang 20-30 minit aku sampai kat penghujung gua iaitu di Kuala Gankira. Lepas melepaskan lelah sekejap kat sini aku sambung perjalanan kira2 dalam 400 meter lagi. Akhirnya aku sampai kat Kain Hitam 1 dan 2. Apa yg ada kat sini? xde apa2. Sepatutnya ada lukisan orang zaman purba tapi yang aku nampak hanya ada pagar je. Dari Kain Hitam 1 ke Kain Hitam 2 ada satu jalan je iaitu jalan yang berkadar terus dengan pagar. Jalan lain aku dah try tapi akhirnya patah balik. So kalau ke sini jgn buang masa dan tenaga. Ikut je jalan yg korang naik tuh.

 
Pemandangan di tepi jalan dari Gankira ke Kain Hitam

Dah nak abis dah perjalanan.

Walaupun aku dilengkapi kasut getah yg mencengkam ala2 Michelin tapi aku tetap tergolek dog kat Painted Cave nih. So kat sini terpaksa super caution agak dapat elakkan kejadian2 yg x diingini. Perjalanan balik xde apa2 yang spesial kecuali pengunjung2 mulai membanjiri kawasan Taman Negara nih. (Ekceli x ramai sangat dalam 20-30 orang je...) Masing2 bertanya jauh lagi ke x utk sampai ke hujung. Dalam perjalanan tuh ternampak seorang aunty India pakai sliper tat sing je dan akak (lenggang kangkung x bawak torch light) sedang termengah2 terduduk kat tangga Trader Cave...

Good Luck lah yer...


 Budget Trip Miri-Niah
Sewa Kereta (Viva 1.0 Auto)  - RM 130 sehari = RM260
Minyak kereta  - RM 30
Hotel - RM 60 semalam = RM 120
Makan minum & kudap2 = RM 70
Tiket Masuk ke Taman Negara = RM 10
Bot merentas sungai = RM 1 sehala = RM2
Keseluruhan = RM 492.00

2 comments:

  1. Nk tanya. Saya ni penggeli cicak melata . Ada cicak2 tak kat sana bergentayangan di lantai trek. Kalo ada sumpah keras saya x gerak.

    ReplyDelete
  2. Satu lagi.. saya fobia ngan Bab 1. Yang oink2 tu. Ada ke gak binatang ni bertegur sapa ngan awk sepanjang trek tu?

    ReplyDelete