Wednesday 6 November 2013

Item dan peralatan penting utk trip gunung kinabalu

Hah...bersama2 ini disertakan peralatan or item2 penting yg difikirkan seswai utk dibawa dalam trip mendaki gunung kinabalu.

1. Pakaian yang sesuai.
Pakaian kalau boleh hendaklah ringan,tahan lasak(takut terburai lak kat tgh jalan time2 melompat,panjat tangga dan lain2 lg). Tak perlulah nak pakai sweater bagai time start hiking sbb lepas tu mesti bukak sbb badan jd panas dan berpeluh2.

2. Sweater / jaket
Yg ni perlu time dari laban rata ke puncak. Masa dok kat laban rata pon diperlukan sbb sejuk giler boleh mencapai 5 degree celcius. Jgn lupa lak kena water proof ye.

3. Kasut yg sesuai
Ini penting. Utk keselesaan kaki masa mendaki, cengkaman masa panjat batu dan masa turun. Item ni kena ngam2 sbb ketat or longgar sgt nnti sebabkan kaki korang melecet. (Ekspirien aku memang sadis, 1st trip pakai but futsal, memang abis kaki.2nd time pakai trekking shoe yg tapak dah haus, sgt bahaya bila panjat batu pakai tali, nyaris2 slip..bahaya sungguh)

4. Beg
Beg ni utk bawak peralatan2 la. Kalo boleh jgn terlalu besar or berat. Paling sesuai beg trekking yg ada xtra support supaya x berapa berat blakang badan nak tanggung. Paling sempoi yg ada cover skali. Takut2 basah masa hujan kan ke naya.

5. Snow cap
Yg ni utk bg nampak gambar kat puncak lebih menarik tertarik kau memang dabom. Ah..gurau pon x boleh..yg ni utk tambahkan heat pada kepala.kalo nak kacak lg snowcap yg boleh tutup sampai telinga.

6. Baju hujan
Baju hujan ni penting bila of coz la time hujan. Kalo nak kacak dan nampak cun beli baju hujan yg mahal sket. Kalo x bawak jenis poncho je lg senang sbb dia pack dalam pack kecik. Senang dan ringan dibawa. Lupa nak kasitau pakaian yg dipakai masa nak naik laban rata paling cun mestila jenis cepat kering. 1st trip aku x bawak baju hujan, beg xde cover, pakai jeans naik laban rata, abis satu beg basah plus tdo dalam keadaan basah.

7. Head lamp
Item ni diperlukan masa nak mula mendaki ke puncak kul 2 pg tuh. Torch lite x brapa releven sbb tangan diperlukan masa nak panjat tali.

8. Sarung tangan
Agak penting sbb utk nak panjat tali dan elakkan kesejukkan. Kalo boleh bawakla yg kalis air or bawak spare sbb time panjat tali tu memang sejuk takut krem lak jari jemari yg mulus tuh. Keselamatan amatlah penting.

9. Tongkat
Tongkat ali boleh jugak nak bawak tp yg paling ok tongkat yg boleh ejas2 tu. 1st trip aku dulu x bawak tongkat so masa nak turun tuh dah merangkak bak golum dah. Ini utk kurangkan impak pada lutut dan kaki. Kalo boleh bawak 2.

10. Makanan tambahan / coklat / ubat
Coklat or makanan tambahan ok utk bawak tp masa nak panjat laban rata tu memang dah di bg lunch pack utk korang. Just takut x cukup je. Ubat pening, minyak kuda dan lain2 tu kira sgt2 diperlukan lah bagi sesiapa yg memerlukan.


11. Lain-lain
Lain-lain nih  macam lip balm (utk bagi bibir kering gambar pon nampak cun...eh..utk melembabkan bibir..kang merekah dah macam x cantik/hensem je...), stokin (bawak la dua pasang...kang abis bau kaki satu puncak lak), dan lain-lain.(dapur gas peti ais tinggal kat rumah ya.)

Kelengkapan dah komplete so dah boleh dah tu. (Bosan kan pos xde gambo ni)

No comments:

Post a Comment