Tuesday 17 December 2013

TIPS Dan TRICKS : SIEM REAP

Antara tips dan triks utk survive di Siem Reap adalah

1. Jauhi aktiviti2 yang boleh membuatkan kita disabit dengan kesalahan.Kalau x kena tangkap pun kut2 locals yg blasah.Naya

2. Hormati org lain. Walaupun kita sedang melawat negara yg penduduknya x berapa nak kaya.Jangan sesekali kita maki2 diorang.Diorang cuma miskin tp diorang tetap manusia cam kita juga. Kalau xmau apa2 servis yg ditawarkan, just senyum dan ucapkan tengkiu.

3. Hormati kebudayaan org lain. Nak masuk tempat org pakaila yg senonoh sikit. Setengah2 tourist terutama sekali pompuan x dibenarkan masuk tempat2 tertentu sebab pakai sluar pendek atau menayangkan lurah2 yg x sepatutnya secara percuma.

4. Matawang utama yg dipakai di Siem Reap adalah US dollar tp digalakkan korang tukar sikit duit Riel Cambodia terutama sekali bila nak beli benda2 yang kecil or bayar benda2 yg murah sebab silap2 baki korang tuh short nnti. Jgn lupa check baki bila beli barang. Juga berguna time nak bagi tips.

5. Cuba utk blend dgn keadaan persekitaran.Hati2 bila berbicara dan jgn sekali sekala tunjukkan dompet korang yg penuh dgn duit tuh. Elakkan jalan malam2 terutama sekali kalo berseorangan. Kita xtau apa yg bakal terjadi.

6. Bila bershopping terutama sekali di night market cuba tawar dulu barang yg korang nak beli tuh tp jgn sampai terlalu berkeras. Kalo dah x boleh nego ikut harga yg korang nak just blah ke kedai lain.byk kedai kat night market nih.
7. Sebelum keluar rancang dulu perjalanan,set gps atau bawak peta terutama kalau jalan berseorangan naik basikal supaya x sesat carik jalan pergi dan balik. Ini penting sebab x semua org pandai cakap omputeh.

8. Sila bawak makanan ringan dan air secukupnya just utk tujuan kecemasan. Cuaca sangat panas dan kering bawaklah topi skali n sunshade.(spek itam) Byk makanan dan minuman dijual kat sana tp xdpt dipastikan kehalalannya(bagi mencari halal) dan harganya agak mencekik.

9. Di Pub Street ada beberapa kedai buku yg jual buku2 travel dengan harga yg sangat murah. Bagi yg gemar mengembara or membaca adalah sangat digalakkan membeli. Kalau x silap aku haritu aku beli dalam 6 usd (rm18) satu berbanding rm 100-120 kat kedai buku biasa.

10. Terdapat juga satu pub di Pub Street yang menawarkan persembahan tarian Apsara secara percuma tetapi kena beli minuman lah or makanan. Hidangan adalah tidak halal. Minum coke or air jus boleh lah.Yaa...Temple Pub nama dia (baru teringat)

11. Makanan halal memang xde masalah.Tp walaupun halal tempat tuh ada jual beer gak selalunya. Cuma ada satu kat area masjid kat Old Market Street yang dipunyai oleh saudara Muslim kat sana yakni Ustaz Haji Musa. (tp yg nih aku carik2 xjumpa tuh) Byk jugak restoran Malaysia kat sini tp kena pandai carik lah.

   
Chicken thalis @ Maharajah Indian Restaurant
(separuh mampus nak abiskan, kelaparan sepanjang hari aku cuma dapat habiskan separuh je)

Lok Lak @ Ababa Curry House
(aku suka makanan nih...mcm nasik goreng USA tp nasik putih ngan daging black peper tambah asam jambu tuh, telur goreng, fries dan sayur2 skit)
12. Kalau nak beli makanan ringan or air tin jgn la beli kat Angkor Wat. Sebab diorang jual 2usd setin (bersamaan lebih kurang rm6.00++) manakala korang boleh dapat kat temple lain cuma 1 usd. Masih mahal tp kurang la sikit kena sembelih.

13. Yang nih penting. Buat study sket pasal transportation yang nak digunakan. Bukan di Siem Reap saja penipuan nih terjadi tp dimana2. Jaga2 dengan penipuan mat2 tuktuk nih. Kalo korang nak tau harga sebenar utk tour korang boleh check masa dekat airport (tempat amik teksi ngan tuktuk tuh).Dia ada bagi pamplet yg nyatakan harga utk tour sehari or beberapa hari yang korang nak.


SCAM DI SIEM REAP

 Biar aku cerita sket kenapa aku cancel 2nd trip tuh. Ekceli aku dah studi dan tengok rate transportation utk tour nih. Rate tour2 nih kalo naik tuktuk adalah 12-15 usd utk sehari dan maybe la ada sikit tambahan kalo korang nak tengok sunrise or sunset. Setengah org yg x jujur akan cas kau kawkaw terutama sekali tourist macam aku kena ngan si Kim nih. Ekceli aku tau dia menipu tapi aku layankan je. Mula2 dia nak cas aku 60 usd sehari tour total pakej semua 120 usd sampai aku balik. Pas aku cakap aku x mau dia cakap la 60 usd utk tour 2 hari dan juga antar aku balik ke airport utk last day. Pakej nih termasuk 2 sunset dan 1 sunrise. So aku ok kan jela. Dia mintak duit dulu tp gile ke kau nak bayar dulu. Diorang akan tunjuk badge n kad yang diorang berdaftar dengan minister of transportation (kononnya la) dan boleh komplen kalo diorang rip off. Aku cakap sorry no advance payment.

Nak dijadikan cerita lepas dia anto aku balik hotel lepas tour fisrt day tu dia mintak payment n aku pun bayar la. Bayar 30usd and then dia cakap esok sunrise kul 4.30 pagi kena jalan. Aku cakap xde masalah and dia pun cakap la kena tambah duit lagi 15 usd utk sunrise. So aku cakap xpe la x yah tgk sunrise dan esok x payah amik aku sebab aku dah x berminat nak jalan esok sebab penat yg melampau. (alasan mesti nampak yakin) So aku pun bayar 30 usd sambil buat2 tersilap kira. (lebih dalam 2 usd dalam duit riel nak tgk samada dia nak pulangkan balik) Lepas tu aku cakap eh dah terlebih bayar dia amik duit tuh cakap anggap je sebagai tips dan terus cau. Oh selamat tinggal Kim.

Untuk makluman korang, 30-35 usd korang boleh dapat teksi kereta ber airkondisi (ekon) lagi. Ini apa yg aku interview geng Malaysia yg aku jumpa kat Angkor Wat arituh. Tp xde sunset sunrise la. At least xde la penat sangat or dehydrate korang atas moto tuh.

Sebagai nasihat baik check 2-3 tour agent utk pastikan harga termurah yg korang boleh dapat sebelum korang disembelih. Sebenarnya x semua org x jujur, cuma sebilangan kecil je tp yang sebilangan kecil nih la yang buat semua terpalit.

Kalo jumpa mamat nih kem salam ngan dia.


BUDGET TRIP SIEM REAP

Tiket flight + hotel 4 hari 3 malam      = RM 600
Sim card                                               = 5 usd (rm 15)
Transport dari airport ke hotel             = 2 usd (rm 6)
sewa basikal                                         = 1 usd (rm 3)
makan minum 1 hari 2 kali                  = 10 usd x 4 hari = 40 usd (rm 120)
tiket Angkor Wat                                 = 40 usd (rm120)
titbits / makanan ringan                       = 20 usd (rm60)
transport dari hotel ke airport              = 6 usd (rm 18)
souvenir                                               = 20 usd (rm60)
buku lonely planet                               = 6usd (rm18)

TOTAL                                               = rm 1020 (lebih kurang lah)
                       yg nih boleh kurang lagi nih kalau x kena tipu ngan tiket Angkor 1 hari je save rm 120


Monday 16 December 2013

Kembara Solo ke Siem Reap part 3

Akhirnya dapat juga curik2 masa nak update blog nih. Bukan apa, kalau boleh nak settlekan semua sebelum trip yg akan datang yakni kira2 lagi seminggu. Okeh..teruskan...

Lepas aku kejutkan si Kim tido kat parking Bayon tuh, kami pun gerak ke next destinasi yaitu Ta Prohm. On the way tu terdapat banyak monumen2 yang menarik tapi si Kim cakap x sempat nak singgah mana2 disebabkan time tuh dah kul 2 lebih so nak pegi Ta Prohm lagi dia takut nnti x sempat nak tgk sunset.

Disamping tu bateri kamera aku yg dah melingkup buatkan aku terliur je nak amik gambo kat monumen kaki2 gajah di Elephant Terrace di dalam perjalanan dari Angkor Thom ke Ta Prohm. Ah..apa yang berlaku tuh biarkan lah ia terjadi...kita yg masih hidup nih perlu teruskan hidup...

Perjalanan lebih kurang dalam 15-20 minit jugak la. Kawasan dia semakin dalam dan pokok2 makin besar.(ekceli nampak cam kat ladang getah je.) Sambil2 tuh si Kim pun cerita sejarah pasal kerajaan Khmer lama. Aku sambil menguap x tau ape bende yang diceritakan dia tuh. Tambahan kelaparan yang gile dan angin sepoi2 alamatnya trip nih memang kejap je la.


Main building entrance

Main building entrance (terpaksa masuk ikut tepi sebab ada cukai...masa nih duit yg tinggal cuma ada utk beli 1-2 tin air)

Masuk dalam je muncul la pokok2 yang besar dan tinggi.


Entrance selepas entrance tadi

Sampai pintu masuk Kim tinggalkan aku dan dia cakap dia tunggu kat pintu satu lagi. Rupa2nya boleh buat one way in one way out. Agak bagus sebab x payah nak patah balik tambahan pulak bateri kat badan pun dah kritikal.

Kalau mula2 agak amaze ngan Bayon rupa2nya Ta Prohm ni pun superb jugak. Kawasan agak besar dan banyak runtuhan2 bangunan disebabkan pokok2 dan tumbuh2an membesar dengan kadar yang mengkagumkan. Mula-mula masuk dari entrance ramai budak2 menjual mcm2 dan ada yg mintak belas kasihan nak makan tp diorang mintak kat pelancong je. Memandangkan aku seorang rakyat tempatan yg berjaya menyamar so aku dikecualikan.



Dari entrance rupanya kena berjalan beberapa ratus meter sebelum sampai ke bangunan sebenar. Kat sini ada band memainkan lagu2 tradisional bagi mengutip derma pada org2 kurang upaya.(aku rasa lah) Sebab bila aku perhatikan (aku duduk lepak skali ngan brader2 ni,cuma x sembang je)Ada dua or tiga orang musician tu kaki ada sebelah je.


Jalan punya jalan sampai la ke entrance main building. Nampak cam biasa je tp kat dalam x pasti. Masuk dalam selongkar sana sini nampak cam best je. Banyak betul runtuhan2 yang buat tempat nih agak cool dan menyeramkan.(Aku dah letih giler so xde masa nak rasa seram) Banyak gak section2 yang tutup masa nih sebab tgh buat konservation. Carik jugak tempat2 menarik cam Angelina Jolie punya filem tuh tp beratur ramai giler. Temple nih agak besar tapi x sebesar Angkor Wat cuma keadaan dia agak berselerakkan dan xde main building or satu titik fokus untuk sesi fotografi. Mana2 pon boleh bak kata orang.


Kat sini jugak ada banyak monk2 yang dibawa aku pun xpasti dari mana tp rasa cam diorang nih pun pelancong gak. Siap amik gambo bagai. Ekceli tempat nih banyak port2 menarik untuk amik gambo. Kalau korang datang ke sini make sure korang fresh giler or bertenaga untuk eksplore tempat2 tersembunyi dalam temple nih. (Aku tengok ada org putih nih siap panjat2 rubble2 yang ada tuh tp kena marah ngan pegawai keselamatan(iye kut) yang menyamar cam org biasa...padan muke) Tp seriusly aku pon teringin nak panjat rubble2 tuh sebab view angle utk amik gambar sangatlah cantik.




Sami pun ada henpon yg ada camera. Say cheez


Batang pokok besar tuh keluar dari bumbung bangunan tuh. (Sini salah satu tempat penggambaran tomb rider tuh. Cuma time nih under conservation construction)

Entah berapa lama aku kat sini aku pun xtau tp dekat2 kul 4 aku keluar dari Ta Prohm nih. Jalan nya sama cam tadi dan tetiba aku rasa cam pelik sebab ada lagi ahli muzik traditional yg td. Aku jadi kompius so aku lepak ngan brader2 musician tuh sambil perhati betul2 rupanya orang lain. Sambil2 tuh si Kim pun datang sambil lepak2 ngan brader2 tuh. Dgr2 diorang sembang si Kim nih pon introduce aku nih org Malaysia dan bukannya Cambodian cam diorang. (Aku x paham tp ada dengar2 cam Malaysia and brader musician tu cakap ooo)


 So lepas tu kami terus jalan ke destinasi sunset. Aku tanya Kim mana pot menarik (ekceli aku dah check dah just nak tanya pendapat.) So dia kata la Phnom Bakheng. Salah satu temple paling lama dan sangat sacret di Siem Reap. Kami pun gerak tp Kim cakap masih awal lagi so dia stop kat salah satu temple on the way ke Phnom Bakheng.

Temple nih temple kecik je so aku batalkan niat nak panjat sebab tgk anak tangga 2 kaki tinggi setiap step. So aku pun borak2 ngan penjaga tiket sambil minum Coke yg dijual kat tepi entrance tuh. Lepas recharged sekejap kami direct ke arah tujuan asal sebab ikut kata Kim nih hanya 400 org je yang dibenarkan naik ke Pnom Bakheng dan kenalah naik sebelum 5.30 ptg. Yang x penuhi syarat tuh xkan dibenarkan naik.

Nampak x apa yang aku nampak? Ada temple dalam hutan tuh.

Jadi perjalanan xde la lama sangat sekitar 10-15 menet. Sampai je kat entrance tuh Kim cakap dia tunggu kat moto je la. Sampai je kat penjaga tiket tgh laluan kat papan peta tuh. Rupa2 nya Pnohm Bakheng nih atas bukit. Fuh. Ini baru mencabar. Tinggi bukit nih xde la tinggi sangat dalam 70-100 meter ikut kat gugel. Trek pun entah la anggaran dalam 500-600 meter la.

First group yang potong aku

Second Group (Time nih dah nak merangkak mcm golum dah)

Third group 
(Kalo dressing mcm minah nih n x bawak kain utk cover top tuh sure x dibenarkan masuk punya.Lagi satu seluar pendek atas lutut pun x boleh)

Naik tangga pulak. Ha..korang tengok signboard tu cakap tutup kul 5.30.kan aku x tipu

Sampai di puncak Phnom Bakheng masih awal lagi dalam 5 lebih dan orang masih x berapa nak ramai. Menjelang kul 5.30 hingga pukul 6 dah penuh giler puncak nih.Nyesal lak x lepak awal2 kat pot2 yang bagus untuk amik gambar. Ekceli kalo korang bangun je dari tempat duduk korang alamatnya kena kebas le. Sunset pada hari nih x berapa menarik. Aku baca blog yg kita boleh nampak sunset berlatar belakangkan Angkor Wat  dari sini. (Ya memang boleh nampak tp kena bawak skali mikroskop) Memandangkan sunset yg mengecewakan (x seperti yang diharapkan) so aku pun turun menyusuri bukit tuh sebelum x nampak apa2.(Apa lampu pun x bawak kecuali lampu henpon) Lagipun dah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Siam Reap dan sewaktu dengannya.

Pandangan di Phnom Bakheng

Tengok sunset sambil ala2 berkelah

Sunset di Phnom Bakheng

Sampai je kat bawah tu aku terus dapatkan Kim dan suruh dia bawak aku balik, dengan kadar segera. Sampai hotel terus mandi dan buat aktiviti yang sepatutnya dan terus keluar carik nasik. Kalau terbaring kat katil tuh walau sedetik ditemani penghawa dingin alamatnya sayonara makan tengahari,tea, dinner and supper dan mungkin breakfes esoknya skali.

 Pandangan Old Street Market waktu malam.


Ada banyak night market kat Old Street Market nih. Boleh pilih mana suka.


 Antara suasana night market. (jgn lupa bargain yer)

Carik makanan halal di Siem Reap? Xde masalah.banyak je restoran2 Indian dan ada juga restoran Muslim Cambodian yang agak sukar dijumpai.(Aku carik dari day 1 sampai hari ni x jumpa2) Shopping? Ada jugak tp jgn harap la beg birkin ke versace ke...ada la souvenir2 t shirt ke keychain ke fridge magnet ke. Abis kuat pun barang2 handcraft yang korang boleh dapati terutama di jalan Old Street Market. (Yg paling femes adalah Artisans Angkor) Masaj pun murah kat sini (tolong jgn pikir yg biru2 or kuning2.)

 Antara night market yang paling best. (Terletak diseberang sungai)

Selain dari shopping, jalan2, makan2 korang jugak boleh membantu anak2 Siem Reap nih yang kebanyakkan nya terdiri dari orang2 susah. Ramai anak yatim dan juga ramai yang kurang berkemampuan walaupun utk ke sekolah. Hulur2 lah sikit kalau ada berlebihan bajet tuh, sekurang2 dapat membantu manusia sesama manusia. Keseluruhan perjalanan adalah sangat menarik kecuali ada sedikit penambahbaikan yang perlu dibuat. Banyak pelajaran dan pengajaran yg diperolehi dari trip nih. Kalau dihayati dengan lebih teliti dapat memberi keinsafan dan membuat kita bersyukur dengan apa yg kita nikmati.(xde kena mengena dgn parti politik ye).Nice trip.

Adios.






Thursday 12 December 2013

Kembara Solo ke Siem Reap part 2


Awal pagi (xde la awal sangat dalam kul 8) aku tunggu Kim kat lobby. Rupanya dia awal lagi dah sampai. Kira ok gak mamat ni ontime. Memandangkan hotel aku dah bagi breakfast free so no need breakfast terus ke destinasi pertama, Angkor Wat. Lupa nak bagitau, kalau x beli lagi tiket kena ikut jalan lain untuk sebab ada shortcut semalam tuh yg melalui kebun2 or pokok getah,sekolah dan rumah2 yg korang akan miss booth tiket. Kebanyakan tempat ada org jaga utk periksa tiket anda so dont cheat ya...

Oh. Lupa pulak introduce mamat guide aku nih. Mamat nih adalah mamat yang bawak aku dari airport semalam. Kim namanya. Lepas anto aku ke hotel smalam terus dia diskus ngan aku pasal pakej untuk hari nih.(part nih pun nanti aku cerita balik dalam post yang lain.)

First destiny untuk hari tuh adalah Angkor Wat. Ekceli aku amik tour bagi small circuit utk 2 hari.(pass dah beli 40 usd) Idea aku hari first utk pegi Angkor Wat, Bayon, Ta Phrom dan sunset di Phnom Bakheng dan hari kedua ke Bantrey Srei, Sras Srang, Sunrise di Angkor Wat.(yang mana terpaksa di cancel, nnti aku kasitau apasal).  

 Pemandangan Angkor Watt dari hadapan

Destinasi pertama adalah Angkor Wat yang merupakan monumen temple yang paling besar di Asia Tenggara.Eh silap...paling besar di dunia. Kalau korang pusing satu round pagar Angkor Wat nih bersamaan korang dah pusing lebih kurang 3.6km. Sampai je entrance ada pegawai tiket akan check korang punya tiket sama ada masih valid ke x. Kat sini aku nampak ada sorang tourist kena tahan sebab pegawai tiket tuh cakap muka dia x sama dengan gambar yg ada kat tiket tuh. (Lupa lak nak kasitau.tiket korang tuh ada gambo skali.Masa beli tiket tuh ada camera kat tiket booth tuh utk amik gambo.) Dari entrance ke gate dah dalam 100 meter. Dari gate ke main building dalam 300-400 meter.
 Pemandangan Angkor Watt dari tepi

Aku habiskan masa lebih kurang 4 jam or lebih sikit menyusuri bangunan Angkor Wat nih. Dari gate sehinggalah menaiki tangga ke temple yang paling tinggi. Kemudian menyusuri pula sehingga ke belakang sampai lah ke gate keluar ikut pintu belakang. Kemudian ku pusing pula ikut belakang ke depan maka terjumpa pulak sekumpulan org kampung berbahasa Malaysia. Sesat katanya. Mula2 takut tgk aku yg berambut GQ menyorot ganas ala2 samseng Cambodia last2 aku tunjukkan jalan keluar sambil bagi tips2 tempat2 yang must see pada diorang (dah study kat gugel universiti smalam). 

Diorang mula2 igt aku nih memang org Cambodia (semua cakap camtuh) berdasarkan rupa dan rambut aku yg potong utk menyamar bak local supaya kurang kena scam. Sudah aku tunjukkan diorang jalan keluar aku pon terus keluar jugak untuk meneruskan perjalanan.

 Pemandangan Angkor Watt dari belakang


Pandangan jalan masuk dari entrance paling kiri (kalau menghadap ke bangunan)


Keadaan di main entrance (gate depan sekali)


Angkor Wat sedang renovation


Salah satu section dalam temple Angkor Wat.



 Main building Angkor Wat



Main building Angkor Wat




Salah satu temple kecik yang berada tidak jauh dari Angkor Wat. (Mebi salah satu gerbang untuk Angkor Wat)

Perjalanan diteruskan selepas aku jumpa Kim tengah asyik menyembang ngan kengkawan tour guidenya. Destinasi seterusnya adalah 'the temple of a thousand faces' aka Bayon temple.
Orang cakap Bayon nih adalah salah satu tempat yg paling interesting dalam kompleks Angkor Thom nih malah mengalahkan Angkor Wat dari segi arkitekturnya.

Kalau tengok peta jarak antara Angkor Wat dengan Bayon xde la jauh (x sampai sejengkal pun) tp kalau menaiki moto yang Kim bawak ni lebih kurang 15-20 minit jugak lah. Mula-mula masa aku nak tolak permintaan Kim ni untuk bawak aku jenjalan (masa tu igt nak naik basikal all the way) dia cakap Angkor Wat ke Bayon je pun dah 5 km. Jadi di situ lah mati semangat aku nak mengayuh basikal di hari yang panas dan berdebu tuh.


Gerbang Angkor Thom




Melalui gerbang Angkor Thom

Untuk tak membuang masa dengan lebih byk lagi aku skip snack n lunch serta tea. Sebabnya agak membazir masa kalau nak patah balik ke bandar untuk makan. Aku xde la check tp rasanya kat area Angkor kompleks nih xde makanan yang halal toyyiban. (Kecuali kat tepi2 tu byk jual air kelapa). Aku terlalu banyak habiskan masa kat Angkor Wat so dalam kul 1 tghari lebih kurang kami sampai kat Bayon Temple. Yelah. Bayon nih nampak lebih wow dari jauh. Sebelum masuk mcm biasalah, tiket di check oleh pengecheck tiket. Kali nih org yg check tiket nih cam sempoi2 sket. Buat2 lawak sambil2 berbual ngan aku.



Pandangan dari entrance untuk ke Bayon. (Yg baju biru tuh pemeriksa tiket)

Bayon temple nih sebenarnya xde la berapa besar tp agak sesat nak carik tangga nak naik ke atas bangunan tuh. Xsilap ada 4 tangga tp satu je yg utk naik ke atas manakala yg 3 lagi untuk turun. Setelah pusing-pusing dalam tu last2 terjumpa jugak jalan nak naik dan hasilnya adalah wau dari dalam hati. (Nak melompat kang org cakap skru lose lak) Sambil tengok keunikan dan keindahan pembuatan org2 Cambodia nih lupa sekejap yang aku x makan dari pagi td. Sedang asyik mengambil gambar baru la aku perasan bateri kamera dah merah...dan yang paling terbaik charger ada kat Malaysia.oh nooo...jadi terpaksalah skip mana2 view yang dirasakan x menarik dan save the best for last.


Pemandangan dalam building Bayon




Jalan dalam Bayon yg aku agak sesat juga la.


Mencari tangga


Masih x jumpa2

Yang ni amik dari tangga naik yang akhirnya di ketemui. (syukurlah...aku dah lapar)


Ukiran-ukiran pada dinding dari tangga nak naik.

Bahagian tepi or belakang temple nih. (ada construction mebi ada struktur yang dah x berapa nak kukuh)

Antara section-section yg korang bakal jumpa tingkat atas Bayon nih.



Ni pun sama
Yes, korang akan jumpa view yg macam nih
Ni pun sama
Sama lagi
Ini juga
Ini pun
Ukiran pada dinding Bayon bahagian depan sebelah kanan entrance.(menunjukkan betapa hebat sejarah Khmer zaman dahulu.)

Lebih kurang sejam setengah aku pusing Bayon nih lebih kurang dekat2 kul 2 lebih aku pun turun n cari si Kim kat area parking tu. Dia tanya nak pegi mana lagi. So aku cakap la tempat Angelina Jolie belakon citer Tomb Rider tuh. Dia cakap "oh tu kat Ta Phrom" (sure la cakap omputeh) jadi kami pun gerak pegi sana.

Alamak...memandangkan lunch time aku pun dah abis...aku sambung lain kali je citer nih...stay tune...Bersambung...


p/s : sori sebab gambo x berapa nak best...ekceli memory card main camera aku didapati corrupted bila aku balik ke Malaysia.so gambo2 nih semuanya amik dari secondary camera...(fuh...nasib ada secondary...ok teruskan bersambung)