Monday 6 June 2016

Jeju Part 1

Pulau Jeju terletak di bahagian selatan Korea Selatan. Semasa perang dunia ke 2 dahulu Ia digunakan Sebagai pengkalan tentera udara jepun terutama sekali bagi mengisi bekalan Minyak sebelum meneruskan perjalanan menggempur negara-negara asia dibahagian selatan.

Jeju juga merupakan Salah satu dari tapak warisan dunia UNESCO di Korea selatan dek kerana nentuk muka buminya yang unik. Pulau ini terhasil dari lava gunung berapi yang meletup ribuan tahun dulu. Jeju ini terbahagi kepada 2 bandar besar iaitu bandar Jeju di utara dan Seogwipo di selatan. Kebanyakan hotel penginapan berada di kedua-dua belah bandar ini manakala lain-lain kawasan adalah terdiri dari kampung-kampung penduduk tempatan dan kawasan tarikan pelancongan.




Tiba sahaja aku di pulau Jeju ini lantas aku mengambil sedikit masa untuk bertenang terlebih dahulu di bahagian luar lapangan terbang sambil meneliti jadual bas yang diletak di tiang besar lapangan terbang tersebut. Rancangan asal adalah check in hostel dan seterusnya...xde plan lagi. Hostel yang aku book dari Malaysia adalah Yeha Guest house yang berada hanya 3 stop dari lapangan terbang. Kenapa aku book guest house ini? Ia adalah kerana berada di bandar Jeju, ianya mempunyai rating yang agak bagus dan ianya menyediakan tour nya sendiri. So kalau kau stay di hostel yg ada sediakan tour maka lebih mudah urusan korang lagi.



Sampai di Yeha guesthouse nampaknya penjaga kaunter tidak benarkan aku untuk check in lagi kerana terdapat guest yang masih belum check out. Lagipun hari masih lagi awal sekitar 11 pagi dan penjaga kaunter guesthouse itu ingatkan aku untuk datang semula selepas jam 2 petang. Jadi sementara menunggu jam 2 petang baiklah aku berjalan-jalan mengikut arah kaki. Sementara aku di hostel sempat juga aku curik wifi dan google mana-mana tempat menarik untuk dilawati.



Selepas meneliti segala posibiliti yang ada maka aku pun membuat keputusan untuk ke satu tempat yang tak dapat aku cover dalam tour esok iaitu Seongsan Ilchubong aka sunrise peak. Yup...memang aku pegi time bukan sunrise tapi tak kisah lah sunrise tuh sebab untuk ke lokasi ini mengambil masa yang agak lama tambahan pula menaiki public transport yakni bas awam. Tambang bas aku dah tak berapa ingat , rasanya cuma dalam sekitar 3-4 k  won sahaja.





Seongsan Ilchubong ini adalah salah sebuah gunung atau bukit yang terdapat di pulau Jeju. Apa yang menariknya mengenai gunung ini adalah ianya sebuah gunung berbentuk kon tetapi terdapat lekuk pada bahagian atasnya dan ianya terbentuk dari letusan gunung berapi yang terjadi kira-kira 5000 tahun yang lampau. Ianya terletak di bahagian paling timur pulau Jeju dan perjalanannya mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam dengan menaiki bas tambang.







Bayaran masuk yang dikenakan bagi pengunjung adalah 2000won setiap orang. Antara aktiviti yang paling biasa dibuat di sini adalah mendaki ke puncak gunung ini. Treknya lebih kepada tangga-tangga kayu setinggi lebih kurang 200 meter sahaja. Namun begitu aku tak buat hike tu sebabnya seharian aku belum menjamah apa-apa makanan lagi. Kang pengsan kat puncak sapa nak bawak turun. Aku stay di sini dalam sejam dua dan kembali semula ke bandar Jeju sebelum malam menjelma. Berhampiran dengan Seongsan Ilchubong, terdapat satu lagi tempat yang menarik untuk dilawati iaitu Manjanggul cave. Terletak tidaklah berhampiran sangat tapi sekiranya naik bas akan lalu di simpang menuju ke gua tersebut.










Seterusnya aku kembali ke hostel aku di bandar Jeju. Setelah check in akhirnya dapat juga merehatkan badan sambil mengecas henpon. Yeha Guest house ini merupakan salah satu hostel yang terdapat di bandar Jeju yang mana menjadi kunjungan pelancong Muslim. Ini kerana ianya adalah Muslim friendly dimana pengunjung beragama Islam boleh memasak dengan menggunakan peralatan yang berasingan dari pengunjung lain. Terdapat juga pengunjung Muslim meninggalkan baki makanan mereka untuk digunakan oleh pengunjung Muslim yang lain.

Harganya lebih mahal dari biasa tetapi ianya sangatlah hygienic. Bilik hostel diasingkan mengikut jantina. Tedapat 4 hingga 6 katil (double deck) beserta 1 tandas yang dikongsi dalam 1 bilik. Apa yang best sekali di Yeha guest house ni terdapat happy hour dimana pada jam 8.30 hingga 9.30 malam pengunjung boleh ambil apa sahaja minuman dalam peti ais secara percuma. So free flow jus untuk anda yang dalam budget melampau.


www.yehaguesthouse.com/


Di bandar Jeju terdapat 2 restoran india yang claim menjual makanan halal. Memandangkan salah satunya berada kira-kira dalam radius 2 km dari hostel aku, maka aku pun mengambil kesempatan untuk menikmati hidangan yang agak proper pada malam ini. Restoran yang aku kunjungi bernama Bagdad, restoran makanan india yang juga menghidangkan minuman keras bagi pengunjung non Muslim. (agak-agaknya) Makanan yang dihidangkan bagi aku kira sedap jugalah bagi seseorang yang seharian belum menjamah makanan namun begitu portion nya agak kecik berbanding kedai makan lain yang pernah aku lawati. Harganya pula standard...hidangan bermula dengan harga 10k won.

Butiran adalah seperti dibawah:
Address: 38 Seogwang-ro 32-gil, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
Hours: 
Open today · 11AM–11PM





Selepas menjamu selera (awal selesai) aku duduk-duduk di lobi sambil menyedut wifi yang ada sambil minum2 jus dan kopi secara percuma. Sempat jugalah aku berkenalan dengan beberapa orang local yang juga pengunjung hostel aku tersebut. Kami berborak-borak sehingga lewat namun aku terpaksa menarik diri sebabnya keesokkan harinya aku terpaksa bergerak awal bagi mengikuti tour yang telah aku book sejak dari tanah air lagi.

Bersambung...