Wednesday 28 January 2015

Eurotrip : From Paris With Love...Part Two

Hari pertama dah settle dengan kepenatan sebab cover banyak tempat2 kat Paris so aku ngan member aku nih decide untuk pergi lebih minor pada satu2 tempat. Maksudnya xleh terlalu ambitious sangat untuk cover whole the world in 80 days. Maknanya aku kena pilih untuk masuk The Louvre or naik Eiffel tower...so xpayah pikir 2 kali lagi...sure aku pilih eiffel tower punya...sebabnya kalo pegi The Louvre sekurang-kurangnya separuh hari dok kat chamber Monalisa je.

So awal2 pagi..(xde la awal sangat dalam kul 7 pagi tapi matahari segan2 nak keluar) kami gerak dari hotel ke GDL nak amik metro ke Eiffel tower. Hotel kami tuh x provide free breakfast (kalo nak gak kena add on dalam 7 euro sorang) so kami pekena croissant sorang 2 ketul dulu ngan secawan hot chocolate dulu kat salah satu cafe kat dalam GDL tuh.  Harga? Boleh tahan la..kena jugak la dalam 5-6 euro seorang...

Macam raksasa spider pulak dalam citer 'wild wild west'.

Untuk ke Eiffel tower, metro station yang paling dekat adalah Champ De Mars/ Tour Eiffel. (Best view adalah Trocadero tapi agak jauh jugaklah nak kena menapak) Dari station Champ De Mars nih kena menapak gak dalam beberapa ratus meter sebelum sampai kat kaunter tiket. Terlupa pulak nak mention...cuaca hari nih sungguh cun sebab matahari keluar tapi sejuknya mcm biasa dalam 2 darjah celcius...so pakaian tebal 3-4 lapis cam biasa.

Rasanya bukan 50 meter kut...tapi lebih...

Walaupun kami sampai agak awal, dalam jam 8 pagi tapi orang dah start beratur dalam 50 meter. Itu pun sebab hari Rabu tapi maybe France dah start cuti sebab hari sebelum Krismas. Tapi berapa ramai pun orang beratur kami mesti naik jugak Eiffel tower nih..Bayaran untuk seorang dewasa adalah 15 euro bagi menaiki kereta kabel sampai ke tingkat 3(tingkat atas sekali) manakala kalau sesiapa yang nak bersenam dimusim winter boleh bayar 5 euro untuk naik tapi naik tangga la malangnya boleh menapak maksimum sampai ke tingkat 2 je.

yang ini view dari tingkat 2

Untuk makluman tuan dan puan, kabel car / lift Eiffel tower nih kadang2 ditutup sekiranya cuaca or angin yang terlalu kuat.(ikut sumber x rasmi) Memandangkan hari tuh cuaca sangatlah mengizinkan walaupun angin sepoi2 bahasa sangat sejuk. Lift dari bawah akan stop dulu kat tingkat 2. So kena keluar dulu dan amik lift satu lagi untuk naik ke upper floor. (tingkat 3) So kena beratur balik or sapa yang x larat beratur tuh boleh la lepak dulu minum2 kopi kat tingkat 2 nih. Satu peringatan; sila jgn buang tiket Eiffel tuh sebab utk naik ke upper floor korang kena scan sekali lagi tiket tuh. Kalo x diorang x bagi korang nak. Ada je percubaan org2 yg naik tangga tuh nak try naik lift tuh tapi semuanya x berjaya dan dihalau dengan cara terhormat. Penat je beratur tapi bak kata pepatah belum cuba belum tau.Kan?

Beratur utk naik ke tingkat paling atas sekali.

Time winter nih angin kuat betul kat atas Eiffel tower nih...kalau kat bawah dah 2 degree celcius kat atas apatah lagi...tapi ada sorang mat bangla ngan awek dia selamba je bukak jaket n bergambar pakai t shirt je..x la aku...kami stay kat atas tuh kira2 sejam lepas tuh baru turun balik ke level 2. Sebelum turun tuh sempat la amik beberapa gambar panorama Paris dari atas nih...layankan


ni contoh2 view yg ada kat atas tuh...sila lah nikmati sendiri


view nih menghadap ke Trocadero...yg bentuk semi circle tuh muzium marine kot kalo x silap


rasanya nih bukan padang Paris St Germain


a day before christmas diorang bercuti sakan sambil menimati chrismas market


bon voyage Eiffel...until we meet again

Turun je dari Eiffel tower dalam jam 11 or 12 tghari kami terus ke metro berdekatan untuk ke The Basilica of the Sacred Heart of Paris, commonly known as Sacré-Cœur Basilica and often simply Sacré-Cœur. Kami tersilap berhenti kat stesen Abbesses...jangan berenti kat stesen nih kalau nak pegi Sacre-Coeur sebab keluar je dari tren korang kena menapak lebih kurang 3 tingkat ke atas untuk sampai ke permukaan. Kalau xmau keluar peluh berhentilah di stesen Anvers...jauh sikit tapi memang mudah dan senang jalan dia.



train untuk naik ke atas bukit tuh bagi sesapa yang x larat mendaki...tp bukan free ya


jack black Tenacious D?i dont think so

Sacre-Coeur nih adalah salah satu gereja Roman dan mini basilica yang terletak di Montmartre iaitu tempat paling tinggi dalam bandar Paris nih. Jadi kat sini kita boleh tengok keseluruhan bandar Paris dari atas puncak tempat nih. Selain dari nak tengok senibina gereja nih, ada lagi satu sebab kami datang ke sini. Sebabnya kat kaki bukit Sacre-Coeur nih terletaknya Square Louise Michel iaitu tempat yang dikelilingi oleh shopping street yang menjual Italian silk yang bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. (murah dari tempat lain) Boleh la dapat lebih dari separuh harga sebenar. (bukan aku yg beli ye)


Jalan persisiran yang lengang..dah start nak hujan



Yang nih pintu masuk utama ke Sacre Coeur

Pemandangan bandar Paris dari Sacre Coeur

Ramai mamat bangla/african jual souvenir kat sini

Jalan turun ke shopping street...

Kerana terlampau lapar lepas shopping kami berenti dulu mengopi kat salah satu cafe kat area kedai2 tuh. Apa yg didapati kat cafe nih harga makanan agak mahal even lebih lagi dari tempat lepak kami kat Trocadero semalam...dan toilet pun kena bayar. So check dulu menu kat luar (selalunya diorang ada pampang kat luar) sebelum masuk mana2 cafe atau restorante.

Salah satu tandas automatic yang ada kat jalan nih...yang penting ianya percuma

Berjalan kat area Anvers memang mengujakan aku...melalui pemerhatian aku kat area nih tempat shopping bagi orang2 yang x berapa berada. Aku sendiri masuk satu bundle dan beli sehelai cardigan dengan harga 3 euro je(kalau 3euro pakai duit siling je...leh abiskan coin dalam poket)...dari baju,jaket sampai kasut pun ada...cam bundle Malaysia...cuma bezanya kasut cam Onizuka Tiger kat sini jual cuma 10-30 euro je...(kat Malaysia maybe jual rm150 ke atas kut)

Hotel De Ville

Cuaca hari nih betul2 x menentu...awal pagi tadi cerah bangat la nih dah mendung2 sambil angin kuat. So kami bergegas ke last spot arini iaitu Catherale Notre-Dame de Paris. Notre-Dame nih dibina pada tahun 1163 (dah dekat 900 tahun dah) femes melalui karya novel terkenal Victor Hugo iaitu The Hunchback Of Notre-Dame (aduh...cerita sejarah la pulak...) Kisah percintaan sedih antara Quasimodo dengan Esmeralda, seorang penari gipsi yang superbly cantik...ah sila baca sendiri ye...


Ramai orang berbaris time nih kat Notre-Dame

Catheral Notre-Dame nih terletak di  sebuah pulau di tengah2 sungai Paris tuh...dan dihubungi oleh 2 jambatan menjadikan kedudukannya sangat stategik dan boleh kata dia berada kat tengah bandar Paris tuh sendiri. Architecturenya jgn cerita lah dengan ukiran termasuk patung gargoyles dan chimera nya memang buatkan ianya sangat gothic. 


Cathedral of Notre Dame pandangan sisi sewaktu hujan turun renyai2

Waktu kami sampai kat metro yang dekat (hotel de ville) tuh hujan dah turun renyai2. Mulanya ingat nak masuk kejap tapi rupanya ada function arituh...kat perkarangan dah berbaris dan polis france siap jaga entrance kawasan tuh. Rupanya malam krismas ada function apa tah kat situ...so kami bergambar dari luar je dan time hujan tuh x dapat lepak lama so kami pun balik ke hotel.

Ramai muda mudi bermain ice skating kat depan Hotel De Ville

Memandangkan ini malam terakhir kami kat Paris, malam tuh kami keluar balik dengan tujuan; mencarik souvenir utk rakyat2 Malaysia yg kami kenali. Mula-mula masa nak balik dari Notre-Dame on the way kami dah survey kat area jalan-jalan ke hotel De Ville tuh. Ramai je abg2 bangla or Pakistan yg tau cakap Melayu nak jual barang2 tapi pakejnya xde..mahal...so kami balik hotel dulu makan-makan dan mandi manda dulu kemudian baru keluar balik.

Salah satu mall yang ada berhampiran Hotel De Ville

Target malam nak carik souvenir kat area Hard Rock Cafe & Anvers..masa tuh tawakkal je sebabnya christmas eaves..so kemungkinan kedai tutup memang tinggi. Nasib baik jugak malam tuh ada beberapa kedai kat Anvers x tutup lagi. Tu pun diorang dah tutup separuh pintu dah so memang agak rushing jugak la malam tuh...tp sempat gak berkenalan pakcik dan family dia dari Melaka...hidup Melaka...Dapat jugaklah fridge magnet utk org kampung ngan dompet utk mak ayah. Ekceli x murah sangat souvenir kat sini tapi kat tempat lain lagi mahal....

Yup..Bata ada dijual di Paris...Bata nih asalnya dari Cech Republic dan skang hq kat Swiss...dan harganya lagi mahal dari Clarks...sapa kata kasut buatan Gombak xde stail?

Tips...kalau nak dapat murah keychain Eiffel Tower yg kecik2 tuh...korang boleh beli kat bawah Eiffel tower tuh...bukan kat gift shop dia tapi kat penjual jalanan african/Morocco...berapa harga x leh bagitau tp yg sure lagi murah dari kebanyakan kedai(rasanya semua kedai)...tu pun boleh tawar lagi tuh...sila test negotiation skill anda...bai


Wednesday 14 January 2015

Eurotrip : From Paris With Love...part One

Sebenarnya secara serius aku xpernah lagi merasa salji...atau cakap jawanya snow...walaupun kat Genting Highland or I-City...memang x mampu nak bayar tambang masuk yang mahal dan sewa glove dan boot utk masuk ke taman tema tuh...jadi aku nekad membuat keputusan untuk ikut gaya hidup kak Mah kita untuk menyimpan duit dari kecik dengan tekad...aku nak gi Paris...


Perjalanan ke Paris dari KLIA mengambil masa dalam 13 jam waktu penerbangan tanpa transit mana2. Dari KLIA hanya ada 1 flight sahaja ke CGD (Chales De Gules) iaitu jam 11.55 malam. Flight malam tuh sangat full...hampir kata 90% full. Bayangkan A380 yang aku naik tuh ada 80++ baris dan setiap baris ada 10 kerusi..tu x termasuk first class lg tuh..

Dalam flight macam biasa lah...tidur bangun balik tgk movie... makan dan lain2 lagi. cuma yang boleh aku puji...long haul flight nih MAS memang bagus...kira at par la ngan Turkish Airlines. salute.. Tapi sampai2 je kat Charles De Gaulle(CDG) aku segera contact member aku yang tengah tunggu kat bandar Paris. (pakai wifi je...sim card euro mahal...kalau line saja 20euro...yang ada data skali 500mb kena dalam 45 euro...sungguh xberbaloi bagi aku la)


Baggage delay dalam 30 minit jugak la...


Aku ingatkan sampai on time..tapi rupa2nya flight tuh lewat sejam dan beg x amik lagi...dalam setengah jam kemudian barulah settle semua hal. Lepas settle satu hal datang satu hal lagi...member aku tunggu kat Gare De Lyon...so aku kena pegi ke sana dari airport. Tambahan pulak aku bawak 2 beg kiriman orang kg dan 1 beg baju untuk 2 minggu dengan satu sling bag isi dokumen2.

So dari CDG aku naik bas ke Gare De Lyon(GDL). Jangan kompius...ada 2 bas...satu Roissybus yang akan bawak korang ke Opera Paris dan satu lagi Les Car Air France yang akan bawak korang ke Paris Montparnasse. So aku amik Les Car Air France sebab ia adalah bas yang connecting antara train station dan Gare De Lyon tuh adalah satu hub transportation yang terletak di tengah2 bandar Paris manakala Roissybus tuh lebih kepada tourism bus.

view dari dalam bas...oh anok2 xleh merase mandi lauttt...

So dari CDG ke GDL mengambil masa lebih kurang 40-45 minit dan tiketnya adalah 17euro untuk perjalanan sehala. Mula-mula aku agak kompius camana nak beli tikat bas nih sebab mesin beli tiket hanya boleh bayar secara card je..rupa2nya tiket boleh gak dibeli dalam bas melalui bus driver tuh. Selain dari tuh kalau nak ke GDL boleh jugak naik Paris RER tren, tambangnya lagi murah tapi bagi orang yang bawak luggage banyak macam aku agak x sesuai. Lagi satu kalau x silap aku RER nih akan tukar train sebelum sampai GDL. Satu lagi cara dan paling mudah ialah naik teksi..yg nih kalau sharing lebih dari 2 orang memang agak berbaloi sebabnya tambang dia lebih kurang 40-80 euro sehala.

 view taman2 sekitar Paris..amacam..mengujakan x?cuba datang time spring atau autumn lak..camno? 

 nih jambatan yg banyak padlock tuh...rasanya banyak jambatan yg mcm nih

 view Paris dari jambatan apanama tah

Kalau naik bas jgn sampai tertidur. Sebabnya kalau tertidur sampai la terlajak ke Paris Montparnasse. Jgn risau sebab sepanjang perjalanan nih hanya ada 2 stop je dan driver bas akan automatik stop bila sampai di GDL. Sampai saja aku kat GDL member aku dah tunggu. Kami terus g hotel utk letak beg dulu memandangkan xleh nak check lagi. (masa untuk check in adalah pukul 1 tengahari)


Jadi jam 10 pagi (lebih kurang la) kami start jenjalan kat kota Paris. Target utama adalah...The Louvre. Memandangkan ini adalah trip bajet dan backpacker style so kami jalan kaki jelah. The Louvre nih sebenarnya x berapa jauh dari GDL dalam 4km je..so dalam lebih kurang sejam berjalan kaki. Yang seronoknya berjalan dalam keadaan sejuk x terasa sangat penatnya tambahan pulak boleh tengok view sekitar sungai memang x terasa sejam-2 jam berjalan kaki. (banyak berenti amik gambo)



nih la tempat beli tiket tuh...xpasti boleh beli kat atas ke x


Sampai saja kat The Louvre nih suasana nampaknya pelik sebabnya muzium terbesar di dunia nih kosong je xde orang. Menurut member aku nih (dia dah masuk 3 kali dah), orang yang beratur x kurang 100m nak beli tiket (kat bahagian bawah shopping mall ada kaunter tiket dia) Setelah double kompom rupanya barulah tahu yang The Louvre nih tutup hari Selasa. So sapa yang teringin nak tengok Monalisa tuh sila jgn datang hari Selasa. TQ


Hello the Louvre...xmasuk lah...tutup


kudaku lari gagah berani yang dinaiki oleh Luis ke-14


So selepas tuh perjalanan diteruskan ke Arc de Triomphe sambung lagi berjalan kaki. Ekceli member aku nih dah belikan metro pass utk 2 orang bagi 2 hari perjalanan di Paris dalam 30++ euro seorang. Harga nih untuk cover central Paris je ye tapi unlimited access untuk semua metro tren x kira siang dan malam. ops..lupa lak..tiket nih termasuk dengan bas sekali.


 view Roue de Paris dari taman bersebelahan


Dalam perjalanan kami singgah ke Roue de Paris...iaitu ferris wheel yang terbesar di Paris. Bukan dirancang tapi kebetulan lalu kat Place de la Concord so dah alang2 kami pun beratur la naik ferris wheel tu utk tengok pemandangan keseluruhan Paris. Kalau x silap aku tiket per head adalah 15 euro seorang. Perasaan dan pemandangan? Memang kabur sebab cuaca pada hari tuh memang sangat gloomy...mendung sepanjang masa..so check it out gambar yang diselitkan tuh...

skodeng jap gondola sebelah

view dari atas Roue de Paris

kat tengah2 Place de la Concord

chrismas market kat area Place de la Concord

bukan budak2 je tapi bapak budak dan pakcik budakpun join sekaki

So setelah turun kami terus menuju ke target utama kami tapi malangnya tour detour ke tempat lain pulak...kaki berjalan sendiri ke Pont Alexandre III yang berlatar belakangkan bangunan Air France yang super. (sila google gambar nih...sure korang setuju..gambo aku gloomy..xsyok) Kat situ jugak (bersebelahan) terletaknya Grand Palais dan Petit Palais (kalau aku cerita pasal nih orang x peduli pun)

Pont Alexandre III


Grand Palais dah jadi muzium

View Eiffel tower dari Pont Alexandre III

hello Eiffel Tower...esok baru gua melawat lu yer

view taman nak ke Champs Elysees


So xde singgah2 tempat lain lagi...kaki dah start longlai..lapo jgn citer ah...so kami terus ke Arc de Triomphe menyusuri salah satu jalan paling glamer di dunia iaitu The Avenue des Champs-Élysées...Jalan nih sangat terkenal pasal shopping spot bagi tourist2 didunia..harga jgn citer ah...nak shopping kat Paris jgn risau...nnti aku share kat mana Parisian sejati shop..

kenal x?ni la butik idaman makcik2 kat Malaysia..ramai giler kat dalam tuh...cam pasar borong selayang

jalan susur nak ke Champs Elysees

ni lah Jalan Champ-Elysees

Sampai je di Arc de Triomphe kami lepak2 kat round about tuh dulu sambil selfie2 + buat 360 video..haha..kat sini ramai org melayu..xkan hilang melayu di dunia...ala..indonesian pon melayu gak..so kalau nak ke tengah2 monumen tuh jgn lah sekali sekala nak cross jalan tuh...memang mencarik nahas...ada je tunnel metro kat bawah tuh menuju ke tengah bulatan. Kat tengah kami lepak kejap je memandangkan sejuknya dah x dapek nak dibendung lagi. Tambahan pula perut dah mula mendendangkan lagu2 dari album Rage Against The Machine. So kami terus balik ke hotel dulu utk mencheck in dan menchekik dulu..kelihatan 3-4 orang org Malaysia baru sampai...anak dato kot..berbondong tgk tangan pegang beg kertas Louis Vuitton.

Tersangkut masa nak lintas jalan (ikut pedestrian walkway ye)

janganlah sekali sekala melintas

view bawah Arc de Triomphe

Sampai je di Gare de Lyon menaiki metro kami terus ke satu kedai makan yang ada logo halal kat depan tuh. Tapi jgn suke sangat sebab walaupun ada logo halal dan tauke kedai tuh ngaku yg dia jual makanan halal tapi dalam menu dia ada jugak bacon. So aku pun makan pizza margherita aje lah. (olive oil, garlic, fresh basil, fresh tomatoes, mozzarella and Parmesan)

ni lah cafe aka restoran halalnya tuh

So lepas makan terus check in hotel...letak beg dan rest dalam sejam 2 kut. Dalam kul 7 malam keluar balik untuk tgk Eiffel tower waktu malam. Lokasi yang paling seswai utk tengok view malam Eiffel tower adalah di Place de Trocadero sambil2 minum hot chocolate sambil menghirup onion soup yang agak glamer la kat Paris. Tapi malangnya masa nih ada construction kat situ so view dia agak terganggu lah.

macam citer thundercats lak

Sebelum kami di café Le Malakoff kami singgah sekejap utk beli souvenir utk member kepada member aku nih. Salah satu budaya org eropah agaknya...kalau lama xjumpa bawak la hadiah utk kawan yg kita nak jumpa tuh...kalau nak shopping ala2 Parisian silalah ke Boulevard Haussmann sebab kat situlah terdapat  Galeries Lafayette and Printemps department stores yang kurang femes bagi Malaysian. Sale dia agak mengujakan lah bagi aku cuma aku yg berbajet kecik nih agak sukar nak survive ngan fenomena shoppers nih.

nih kalau xsilap aku Hotel De Ville...ah lupa la pulok

nih dome dan lampu yang femes kat dalam Gallaries Lafayatte


Selepas lepak2 kat cafe Le Malakoff tuh lebih kurang 2 jam kami pun balik tidokat hotel budget yang booking lebih kurang 48 euro semalam tuh.(hotel kat Paris nih agak mahal di Europe berbanding tempat lain...biasa lah tourist attraction lah katakan) Malam tuh tido agak awal sebab esok masih banyak lagi tempat yg nak di explore...

tido dulu mek2 semua...
bersambung...