Monday 30 June 2014

Dari Bursa ke Istanbul..aku datang - hippodrome & Blue mosque

 Selamat berpuasa kepada yang berpuasa...kepada yang tidak...enjoy the Ramadan bazar...

Selesai di Bursa awal pagi (xde la awal sangat) kami bergerak dari hotel ke Istanbul. Seperti yang dijanjikan Ensar semalam dia akan bawak kami singgah ke kedai Turkish Delight dan herbs yang terbaik di Bursa. (ikut Ensar semua terbaik)
Turkish delight nih adalah sejenis manisan yang dibuat dari jelly, gula atau madu dan ditambah pula dengan perasa tambahan seperti kacang la, kurma la dan lain-lain lagi. Munira (nama kedai nih) menjual bukan saja Turkish delight tp ada jugak menjual pelbagai jenis spies atau rempah ratus termasuklah rempah yang paling mahal di dunia iaitu safron. 

Selain itu kat sini juga ada jual perfume secara botol. (maksudnya pati tuh dimasukkan dalam botol2 ikut saiz yang korang suka) Apa yang menarik kat kedai nih ialah korang boleh makan apa saja secara percuma cuma perlu bayar kalau korang nak tapau or beli. Jadi aku pun makan secara percuma saja la sambil org lain berusaha membeli belah. Teh epal dia memang terbaik. Aku tertarik dengan perfume dia tapi harganya sangat mahal (bagi aku la) sampai satu botol minyak attar yang kecik tuh sampai TL (turkish Lira) 150. 

X mampu den..

 
 Nampak kecik tapi balang2 yg ada kat lantai nih tinggi lutut
 
 Ni antara asam2 dan manisan yang dijual kat sini

Perjalanan kemudiannya disambung ke Istanbul ikut jalan yang sama mcm dtg ke Bursa. Naik lagi feri semalam tuh tp hari ni jalan agak sibuk berbanding semalam. (Semalam hari ahad)

Istanbul merupakan bandar yang terbesar di Turki dan berkepadatan seramai 17 juta penduduk. Namun begitu ia bukanlah ibu negara kepada Turki kerana konflik terdahulu yang berlaku dimana Istanbul berulang-ulang kali ditakluki oleh kerajaan lain. Jadi menjadikan Istanbul pusat atau ibu negara akan melumpuhkan Turki sekiranya ia diserang. (Ada kebenarannya) Selain itu kedudukan Ankara ditengah2 Turki juga merupakan kedudukan yang strategik bagi memerintah sesebuah negara. (sumber Ensar)
Pemandangan yang macam nih separuh dari perjalanan ke Istanbul.



Sampai je di Istanbul (4 jam kemudian), perkara pertama yang kami buat adalah...makan la..apa lagi. Kami makan di sebuah restoran yang walkable dengan kawasan hippodrome dan masjid Sultan Ahmet. Selepas makan kami pun menuju ke lokasi lawatan sambil belajar seterusnya iaitu Masjid Sultan Ahmet atau lebih dikenali dengan nama Masjid Biru atau "The Blue Mosque".

Roti ni yang jadi juadah tengahari kami...nasik ada jugak tapi x berapa nak layan

Hippodrome adalah sebuah pusat sosial yang dibina pada zaman kerajaan Constantine yang pada masa tuh nak pindahkan kedudukan kerajaan dari Rom ke Byzantium yang mana berkadar terus dengan lambang kemegahan dan keriakkan sesebuah tempat yang menjadi pusat pemerintahan Constantine pada masa itu. Jadi utk dipendekkan cerita Constantine pun menukar nama Istanbul masa tuh kepada Constantinople, yang bermaksud Kota Constantine.



Apakah sebenarnya sebuah hippodrome? Hippodrome nih sebenarnya macam sarkis...ia tempat lumba kuda dan chariot. (dalam bahasa greek 'hippo' bermaksud kuda dan dromo bermaksud laluan atau trek) Di tengah2 hippodrome nih ada beberapa tiang yang tinggi (seperti yang ada dalam gambar di atas tuh) yang di depan tuh 'Obelisk of Thutmose III' dibawa dari Mesir yang asalnya ada di kuil Firaun Tut di Luxor manakala yang dibelakang sana tuh namanya 'Walled Obelisk' yang dibina sendiri oleh raja Constantinople. (dulu dibalut ngan plet2 gangsa tapi dah kena rembat ngan tentera2 'forth crusader'. Ada lagi beberapa monumen kat hippodrome nih termasuk german fountain tapi x sempat nak amik gambar sebab rushing. (sebab tu aku x berapa prefer join trip nih, tapi dari segi bajet ngan pengetahuan kira ok gak sebab ada guide)


Walled Obelisk

Perjalanan seterusnya disambung ke Sultan Ahmet Cami atau lebih dikenali dengan nama "The Blue Mosque". Masjid ini mendapat namanya sebagai masjid biru adalah berdasarkan rekabentuk dalam masjid ini dihiasi dengan tiles kaler biru lebih dari 20 ribu keping. Masjid nih dibina lebih kurang tahun 1600 ++ dan kedudukannya betul2 bersebelahan dengan hippodrome dan Hagia Sofia dan juga di atas tapak lama istana raja Byzantine.

Apa yang istimewanya masjid nih selain dari rekabentuknya yang boleh dikatakan antara masjid2 yang paling indah ia juga mempunyai 6 minaret; berbentuk pensel (kat Turki ada 2 je masjid yang ada 6 minaret). Masjid ini dibina setelah 40 tahun tiada masjid dibina di Turki pada masa itu. Kebetulan pada masa tu sultan yang memerintah jarang menang perang jadi pada asalnya minaret ini nak dibuat dengan disalut emas tapi memandangkan duit xde so kekal lah macam sedia ada. Pembinaan 6 minaret ini juga menimbulkan kemarahan ulama2 Turki pada masa itu kerana menyamai minaret di Kaabah Mekah jadi sultan Ahmet membina minaret ke 7 dan menghantarnya ke Mekah untuk dibina disitu. 

Pandangan dari luar masjid

yang nih ruang sembahyang dalam masjid biru nih...utk yang tidak sembahyang kena amik gambar dari luar je (maksudnya ruang nih dipagar utk tujuan sembahyang)

Ramai pengunjung x kira agama...

Bahagian luar masjid (masih dalam kompaun selepas masuk pintu utama..apa benda yg aku merepek ni)

Sisi masjid yang menghadap ke Hagia Sofia

Bersambung la dulu (Entry kali ni dah macam cerita sejarah)

p/s : Sebelum terlupa...di pintu masjid ini biasanya ada diikat rantai besi. Ini memberitahu kepada pengunjung2 atau pengembara / musafir bahawa penginapan dan makanan ada disediakan di masjid ini dan anda adalah amat dialu2kan...

tapi kalau xde rantai besi kat pintu maksudnya 'anda dialu2kan, penginapan disediakan tapi makanan xde.'

Tuesday 24 June 2014

Menjelajah Kota Bursa Part 2 - Ulu Camii & Green Tomb

Gendang gendut tali kecapi, lepas makan terus jalan lagi...
Mula-mula aku ingatkan diorang nak check in hotel dulu memandangkan dah dekat 1 hari kami semua x mandi skali dia teruskan pulak berjalan2..lemau x leh nak cakap la...

Perjalanan kali nih diteruskan lagi ke sebuah masjid yang terbesar di Bursa iaitu Bursa Grand Mosque atau Ulu Cami. Masjid nih dibina pada zaman kerajaan ottoman iaitu oleh sultan Bayezid setelah berjanji dalam doanya sekiranya kerajaannya pada masa itu menang perang Nicopolis iaitu salah satu dari perang salib dia berjanji nak buat 20 masjid dan setelah menang penasehat beliau menasihati agar buat satu je masjid berkapasiti 20 buah masjid. Maka dengan itu terbinalah masjid ini di Bursa dengan bercirikan senibina seljuk lebih kurang tahun 1400 masihi. Hebat giler kan? tapi yang lagi hebat di sekeliling masjid yang besar nih ada bazar yang lebih besar lagi.


Hari nih ada org meninggal so ramai ahli keluarga dan sahabat handai simati berkumpul di masjid.

Pemandangan dari belakang masjid (jalan nak ke bazar)



menara masjid agung di Bursa
 
air pancuran nih tempat ambil wuduk terletak di tengah masjid

Di sebelah Ulu Cami ni lah terletaknya Koza Han iaitu 'The silk market of Bursa'. Market nih agak besar sampai ke lower ground kedai dia cuma time kami datang ada renovation or conservation works tengah berjalan so x banyak la kedai yang bukak. Tambahan pula time aku datang tuh tengah time nak sembahyang so ada kedai yg tutup dan masa yg dia bagi utk berjalan keliling area nih singkat. Kat sini si Ensar bagi kami dalam 2 jam kalau x silap aku. Dari kul 1.15 tghari kami tiba dan dia suh kami naik balik bas dalam kul 3 ptg.

Bursa ni banyak kedai tapi x tau kenapa x bukak...samada time sembahyang atau hari ahad

Pintu masuk Koza han

Pandangan Koza Han yg mengkagumkan...(aku suka view nih..pandangan sebenar lg mengkagumkan dari gambar nih)

View dari koridor

Selepas itu kami berkunjung pulak ke masjid hijau atau green mosque atau yesil cami. Perjalanan ke yesil cami x jauh sangat dalam 10 ke 15 minit je. Macamana masjid nih dapat nama green mosque? Sebab tiles kat dalam masjid tuh kaler hijau...simple je kan..

Pintu masuk ke Green Mosque

Air pancut mini dalam masjid nih (time aku datang baru diorang bukak)

Aku rasa tilesnya kaler biru tapi interior masjid nih memang marbeles

Masjid Hijau atau Green Mosque atau Yesil Cami nih merupakan salah satu masjid yg penting kat Bursa bukan sebab masjid nih tp sebab dalam kompleks masjid nih terdapatnya 'the green tomb' atau makam salah seorang khalifah iaitu sultan Mehmet 1 atau Mehmed Celebi. Sultan Mehmet nih adalah sultan yang menyatukan semula Turki yang masa tuh dalam perebutan kuasa antara waris-waris sultan akibat kekalahan sultan Bayezid (igt lagi x..ala..yg buat Ulu Cami td tuh)


Ramai pengunjung time2 petang nih...mentang2 hari cuti

 Kubur ngan bangunan beratus2 tahun terjaga baik


Ini lah the green tomb...nampak cam blue
 
 Kebanyakan grup members aku x masuk ke green tomb tp sebagai ganti diorang masuk 
bangunan nih

Bursa nih adalah bandar lama di Turki dan sebagai ulangan, Bursa nih merupakan ibu negara Turki yang pertama sebelum diorang menakluki Constantinople dan Istanbul jadi sistem jalan disini agak pelik sikit sebab ada fly over old school merentas town. ah susah nak terangkan...kena pergi tengok sendiri la...

 Ini view bandar Bursa

Lebih kurang pukul 5 petang kami gerak ke hotel penginapan utk malam tuh. Malam tu kami menginap di Bursa, hotel 4 bintang yg agak bagus. Makan semua kat hotel dan malam xde tour so malam tuh boleh la berehat dengan tenang sebab esok pagi2 dah kena bertolak balik ke Istanbul...

Hotel penginapan malam tuh


Amacam...biasa2 je kan? aku yg biasa dok rumah tumpangan rasa agak kagum gak la

Bersambung lagi...

Tuesday 17 June 2014

Menjelajah ke Kota Bursa

Keluar je dari airport rombongan cik kiah kami yang seramai 80 orang tuh disambut oleh 2 orang tourist guide. Maknanya naik 2 bas la tuh. Setelah memunggah beg naik ke dalam bas kami pun gerak. Plan asalnya dari airport direct ke Bursa sambil singgah ke beberapa destinasi. Lupa lak aku nak kenalkan ngan tour guide bas aku iaitu bro Ensar.



Sebelum bergerak jauh Ensar bawak kami dulu ke perkuburan student Malaysia; Ahmad Ammar yg maut dalam kemalangan jalan raya semasa sedang study kat Turki. Nampaknya orang2 Turki sgt menghargai bro nih sampai siap singgah ke kubur dia untuk sedekah al fatihah kat sana.

Keadaan jalan di Istanbul pada hari Ahad
Jalan di Istanbul masa kami tiba tuh memang sangat lengang. Ya lah, kami sampai hari Ahad dan menurut Ensar orang2 Turki pada hari cuti banyak menghabiskan masa di rumah dengan family. So hari Ahad memang x bz dia cakap so perjalanan jadi lebih smooth dari hari biasa.

Selepas itu kami dibawa ke sebuah masjid yang berada x jauh dari situ...cuma apa yg x bestnya aku lupa nama masjid tuh. Apa yg aku ingat adalah kat situ ada kubur tokoh yg agak terkenal di Turki.

Ini la masjidnya. bangunan kecik tengah2 tuh tempat amik wuduk

Pandangan dalam masjid 

Sebagai pengetahuan semua, di Turki nih semua masjid disediakan rak kasut di dalam masjid..diulangi..di dalam masjid. So korang digalakkan bawak selipar or kasut kedalam masjid. Bagi mengelakkan bau cagu dalam masjid tuh, kat pintu masuk disediakan beg plastik jenis tarik untuk korang simpan kasut dalam tuh.

Pandangan luar (courtyard masjid)

Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Bursa yang mengambil masa lebih kurang 3-4 jam perjalanan dengan menaiki bas. Perjalanan ke Bursa ini termasuk menaiki feri bagi merentas laut yang memisahkan Eskihisar dengan Yalova. Feri yang mengangkut penumpang skali dengan bas ni mengambil masa dalam 45 minit dan dapat menjimatkan 2 jam perjalanan kalau x ikut feri. (fakta Ensar)


Diluar kawasan masjid ada kedai2 dan dataran

Sebelum naik feri tuh sempat la kami dibelanja (termasuk dalam pakej) breakfast terlebih dulu. Hidangan pagi pada hari tuh adalah simit ngan chai (roti ngan teh o). Hidangan ringan dulu kata Ensar sebab dia cakap nanti lunch dia nak bawak makan meat ball special kat Bursa. Memang hampir semua org x dapat habiskan roti kosong yang keras tu. (kecuali aku...aku makan apa saja yg halal)

Di warung2 (mcm restoran pon ada) di luar kawasan jeti feri tempat kami menjamu breakfast

Ni símıt kosong (xde chocolate ke jem ke apa2 lah) ngan chai

Yup. Perjalanan menaiki feri nih amik masa dalam 45 minit ke sejam bergantung kepada jumlah kenderaan dan penumpang yg ada dalam feri. Lagi berat feri lagi lama masa yang diambil. Lupa lak nak bagitau, time aku datang nih Europe tengah summer so siang lagi panjang dari malam dan suhu masa nih lebih kurang 19 ke 23 degree. Pukul 5 pg matahari dah start keluar dan 8 malam masih belum hilang lg matahari. So agak bertuah sebab boleh jalan2 lama sikit. Apa yang menarik untuk dibuat dalam feri nih adalah; beli simit (roti keras tadi tuh) dan bagi makan burung2 camar yg berterbangan. (amboi..mcm lagu aishah n the fan club)

Pintu masuk ke parking feri

Ini la keadaan dalam feri tu. Hari ni feri agak full

View atas feri

Dalam ni ada cafe dan mini speedmart

Misi membagi makan burung camar dan melihat pemandangan

Sedikit info mengenai Bursa : Bursa nih adalah salah satu bandar yang terbesar di Turki dan merupakan satu bandar yang penting sebab ia merupakan ibu negara pertama Turki dan juga salah satu tanah subur bagi menanam zaitun terbesar di sana serta salah satu pusat industri automotif di Turki. (sekian...macam baca berita lah pulak)


pemandangan kiri dan kanan penuh dengan ladang zaitun

Ok sambung balik. Perjalanan keseluruhan amik masa dalam...er..x tau nak kira..dalam 3 jam kut. Perjalanan keseluruhan dalam 250 km kut. Termasuk breakfast dan berenti2 dalam jam 12 tghari kami sampai di Bursa.

 Sampai je di Bursa, bro Ensar terus bawak kami pegi makan tengahari yang spesial...iaitu meatball Turki yang sangat terkenal di Bursa. Memandangkan makanan ruji org Turki nih roti, bro Ensar dah orderkan spesial made nasi utk grup kami. So menu istimewa haritu adalah nasik,roti,meatball dan sayur. Bersama2 sebotol minyak zaitun. Nasik nya memang lain, x cukup masak semua ada. Tapi apa yg ko nak espek, macam korang suruh org bolivia masak tomyam la..Kebanyakan org dalam grup aku tuh x dapat nak abiskan hidangan hari tuh.


 Ya..disinilah tempatnya yang diwar warkan oleh bro Ensar tuh.


 yang bergulung2 tu la daging yg dijadikan meat ball tuh...(ye kut..)
 
ni la santapan tengahari kami; nasik,roti, daging, sayur ngan sambal (mcm cili boh)...yg macam buah tuh cili diorang...oh ada lagi yogurt

bersambunglah lagi

p/s : Next trip aku lambat lagi so layankan aje trip Istanbul yang panjang nih...

Monday 9 June 2014

Istanbul : Aku Datang (Prologue)

Ekceli lama betul aku mimpi nak keluar dari Malaysia dan Asia Tenggara. Balik2 Indonesia...balik2 Siam, Singapore...Nak juga melangkah lebih jauh dan panjang melalui batas-batas bagi menerokai dunia ciptaan tuhan. Jesteru itu, setelah cukup setahun mengharungi derita membuat catuan perbelanjaan harian dan bulanan bagi menyimpan perbelanjaan menyara perjalanan ini nanti, akhirnya tercapai juga cita2 mendapatkan sehelai boarding pass ke Turki; lebih spesifik lagi Istanbul.

Akibat terpengaruh dengan cerita Istanbul,aku datang, aku pun jadikan bumi kerajaan uthmaniah nih salah satu lokasi trip aku tahun 2014 nih.(trip2 lain setakat nih semuanya local je) Ini bukanlah satu trip budget jd segala perbelanjaan kecuali peribadi  yg dpt aku nyatakan di sini.(amik pakej)

Perjalanan ke bumi Turki mengambil masa lebih kurang 10 ke 11 jam kalau ambil direct flight. Flight aku bertolak dari KLIA jam 11 malam menaiki Turkish Airlines dan tiba di Istanbul; Ataturk Airport lebih kurang jam 5 pagi waktu Turki.Naik flight lama-lama memang la sangat x selesa. Cuma nasib baik Turkish Airlines punya servis agak baik la jugak; makan sedap siap ada souvenir lagi. Nasib baik tak makan nasik lemak ikan bilis pon xde.

 Nasik putih, udang besar ibu jari kaki 4 ketul, cheese cake, roti , sayur-sayuran dan air secukup rasa. Siap bagi turkish delight sebagai pembuka selera.

Inilah keadaan airport Istanbul seawal jam 5 pagi

Setelah sampai di Istanbul mula2 sekali urusan dengan imigresen. Untuk makluman semua visa tidak diperlukan bagi rakyat Malaysia yang nak mengunjungi Turki. Apa yang menariknya sampai2 kul 5 pagi orang yang ada kat airport tuh mcm esok nak raya haji. Ramai orang, beratur agak panjang tapi kaunter yang dibuka agak banyak dan perjalanan di kaunter agak smooth.

 Cikedis xde ya

Akhirnya sampai jua.

Terlebih dulu sebagai peringatan; kalau nak ke Turki silalah tukar duit anda terlebih dahulu. Di KL xde money changer (kalau x silap aku la, kalau silap harap maapkan) yang dapat tukar ringgit ke TL (Turkish Lira) dan kat sana pun sama. Cara terbaik adalah convert dulu ringgit ke USD atau sebaik2nya kepada EUR (Euro) sebab kebanyakan barang yg ada kat airport diorang dijual dalam EUR. (Rate masa nih 1 EUR = RM 4.69 -Money changer KLIA.)

Bersambung...

Oh sebelum terlupa...secara anggarannya 1 TL bersamaan RM 2.tq