Saturday 16 March 2024

Trip solo Batam : Part 3

Pagi yang tak berapa pagi aku turun untuk breakfast. Breakfast di hotel je sebab dah include dalam harga bilik. Makanan nya takde buffet style hotel mewah (walaupun aku harap ada la nasik goreng telur mata ngan air oren) , yang ada cuma roti bakar sendiri cicah jem ngan air kopi o/teh o letak gula sendiri. Tapi macam yang aku dok ulang selalu..saiyaa ulaaannggg...ada korang jumpa kat Malaysia macam ni? Bilik x sampai rm 60 dpt breakfast. Jadi lah untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong.

Usai breakfast, aku naik semula ke bilik untuk bertukar ..tukar pakaian dan charge henpon penuh-penuh sebelum turun semula ke jalanan..map untuk tempat-tempat yang aku nak pergi dah save so plan aku jalan kaki dulu dan nanti amik ojek utk ke mana-mana tujuan atau destinasi. Kat area hotel nih macam x nampak ojek sebabnya dia bukan jalan besar..maybe aku tunggu area yang salah kut tapi memang aku macam rasa nak jalan-jalan dulu tengok area-area dekat ngan hotel aku nih sementara cuaca tak berapa panas lagi.

Lama gak aku berjalan..siap sesat larat lagi memandangkan tak beli data and guna offline map, dia punya location wise memang x accurate lah..lebih- lebih lagi ko jalan kaki tempat yang satelit takleh detect korang..macam kat dalam terowong ke..bawah pokok ke dan tempat-tempat yang lebih kurang macam tuh la..lebih dari setengah jam aku berjalan, cuaca dah start panas dan peluh dah start berjurai..baru la kebetulan aku terjumpa ngan pakcik ojek yang tengah lepak-lepak tepi jalan.

Setelah runding-runding harga so aku naik la dengan pakcik ni. Harganya macam reasonable dan berbaloi.  Perjalanan aku meliputi ke bahagian utara, tujuan nak mencari kapal cheng ho dan masjid cheng ho, yang mana dalam 6-7 km jugak perjalanan. Kalo jalan kaki memang lunyai la sebab jalannya berbukit-bukit jugak. Kompom menjejes peluh kat spender. Dalam perjalanan ujan turun dengan selebat-lebatnya. Kami berteduh jap kat kedai2 tepi jalan tu sambil pakcik ojek tanya jalan kat bebudak yang lepak sama. Pakcik tu x tau tempat yang aku nak g ni. Pelik jugak..ojek tapi xtau lokasi..maybe namanya lain kut dipanggil kat Batam ni. 

Sembang-sembang sementara hujan dapat la berkenalan sket ngan pakcik ojek aku nih.Ekonomi so-so, jadi walaupun umur pakcik ni dah dalam 60an tapi still masih mencari wang menyara keluarga. Kan..kita yang selalu makan sedap-sedap dan selalu berjalan-jalan ni sewajarnya la bersyukur dengan apa yang dah diberi pada kita.(ini nak kata kat diri sendiri) Katanya dah lama duduk di Batam dan berasal dari tanah Jambi. Family pun semua ada kat sini. Katanya, sudah jadi warga Batam dan tak balik dah ke kampung halaman terchenta. 

Reda je ujan kami teruskan perjalanan seperti yang dah aku rancang. Destinasi pertama hari ni adalah ke masjid Cheng Ho. Aku dapat tempat ni lepas aku google malam tadi sebelum tidur. Aku lebih kurang dah tau apa nak espek tapi aku takde la jangka yang masjid Cheng Ho ni sekecik ini. Tak tau ada berapa saf tapi kecik la..secara jujur aku cakap, better lagi masjid2 yang bertemakan cina yang ada kat Malaysia. Even surau kat umah aku besar 3-4 kali ganda. X sampai 5 minit aku amik gambar kat dalam masjid tu aku pun pergi pada pakcik tadi yang sedang tunggu aku..Aku suh tunggu sebab bila aku tengok keadaan sekeliling macam kawasan terpencil, tambahan pulak perjanjian tadi hantar ke masjid tu je. Plan asal macam nak naik ngan pakcik ni pastu balik kang amik je ojek lain. Memandangkan kat area nih macam sukar nak dapat ojek atau pengangkutan awam, aku sembang balik ngan pakcik tuh untuk extend trip dengan bayaran tambahan.

So aku nego la ngan pakcik ni lagi 3 tempat. No 1 kapal Cheng Ho yang terletak kira-kira tak sampai 1 km dari lokasi masjid Cheng Ho, No. 2 Dataran Batam (yang ada signboard Batam sebesar alam tu dan No. 3 Central Mosque (Masjid Agung Batam)..Lokasi no.2 dan no.3 tuh berada kat tempat lain so harganya memang lain lah.  Nego punya nego pakcik tu letak harga lebih dari double dari yang dia amik tadi tuh. Dia cakap sebabnya tempat aku nak pergi tuh jauh. Aku tengok dekat offline map aku jaraknya lebih kurang je ngan ke sini. Aku xde choice so aku on je la..takde la mahal sangat pun cuma aku rasa x berbaloi sgt dengan short time tour camni.

Destinasi kedua adalah kapal Cheng Ho. Lokasi dekat je dalam 1-2 km je depan tu. Destinasi yang ini kalo dalam google nampak macam ok tapi bila aku sampai aku tak pasti apa dia kapal ni..nampak macam kapal kena tinggal..ke restoran yang bukak malam je. Bila nak masuk menjenguk, entrance dia dah kena halang dengan besi dan ada tulis no entry sign. So aku xmau la trespassing pulak. Bak kata orang..datang tempat orang bawak otak bukan pisau.

Ingatkan ada la macam restoran kapal kat Belitung tapi jangkaan aku meleset. Agak kecewa jugak la. Time tengah amik gambar tu hujan turun balik mencurah-curah. So aku ngan pakcik tu stuck kat sini sekejap dalam 15-30 minit jugak la.

Siap ujan berenti terus aku ajak pakcik ojek meneruskan perjalanan kami ke dataran...pakcik ojek cakap Central Mosque tak boleh masuk sebab tengah construction. Aduiii nak kemana pulak ni..mesti kena topup. Dalam 20-30 minit perjalanan akhirnya kami sampai kat Dataran Batam ni. Sunyi sepi je tempat ni..sampah pun banyak merata-rata. Pasar belum bukak lagi..rasanya petang ke malam baru ada. Memandangkan masjid pun x boleh pergi, so aku cakap kat pakcik ojek supaya bawak aku balik hotel je la memandangkan langit dah gelap gelita nak ujan lagi. So kami pun pulang la ke hotel. Agak mengecewakan jugak la...

Tekaan aku benar belaka..sampai je hotel, berapa minit kemudian ujan turun dengan lebatnya. So lena sekejap aku kat bilik. Makan belum lagi ni..ahh tidur dulu la sementara tengah ujan.. ujan berenti aku bergegas keluar, sebabnya nak mencari nasik barang secekik dua maka aku ke tempat nasik ayam semalam. 

Nasi Ayam 25 jam ni kalo bukak kat KL..pastu menten harga yang sama memang akan menjejaskan pendapatan rakyat tempatan lah. Aku amik paket semalam gak. Hehe..jimat bagi org yang kedekut cam aku. Lepas makan aku pergi semula ke Nagoya. Seriusly aku tak tau nak buat apa kat situ tapi aku pergi jugak bagi memenuhi masa terluang. Dok bilik pun x jadi apa.


Lepas jalan ke Nagoya balik tu memang terasa lunyainya tu. Aku agak tak puas hati..kena g jugak masaj ni utk hilangkan sengal2 badan terutama sekali kat kaki. So aku naik ke kedai masaj kat atas. Kalo nak buktikan dakwaan aku semalam kena cuba dulu. So aku ikut sop diorang..Bayar, pilih cewek dan masuk bilik. Biliknya cam bilik aku kat bawah tapi lebih elok lagi..ada tingkap. Tunggu dalam 10 minit datang la seorang cewek yang lawa. Aku igt kat dalam gambar je diorang edit2 cam awek2 tiktok. Rupanya lawa sungguh. 



Sebelum masaj awek tu ajak sembang2 dulu sambil merokok. Katanya nak amik feel dulu sebelum kerja. Dia siap tanya aku..abang tak tahu ke ini tempatnya masaj plus2. So memang betul la tekaan aku selama ini.Cewek ni masajnya memang tak berapa ok. Dia sendiri cakap kat sana diorang lebih cekap bab plus2 je. Usai masaj dia tanya nak plus apa..aku cakap tak mau apa2 plus so masa yang terluang tu kami ngobrol2 aja. Setengah jam masaj sejam sembang2 yang banyak kisah pasal peribadi. Awek ni cakap dia kerja kat situ sebab kena tipu ngan kawan dia..dia siap cakap lagi yang abg ni terlampau baik buat dia (ayat klishe lah..kikiki) sebab tak amik extra tp still bagi tips. Aku tak amik pot sgt sebab diorang memang handal bab-bab beli jiwa ni.

So settle misi, aku turun semula ke kamar di bawah sambil lepak2. Walaupun masaj x berapa ok tapi dah kena pijak, lega la jugak lenguh2 badan.Tidur sekejap pastu aku turun kejalanan mencari makan. Kali ni aku nak cari dekat2 je sebab still ngantuk kena masat tadi. 

Ada beberapa kedai yang aku pergi..baru nak masuk je ada patung datuk la kat dalam. Last-last aku makan je kat warung tepi jalan. Nampak akak pelayan tuh pakai tudung aku kira tak was was la. Makanannya boleh la tahan, sedap dari kedai semalam walaupun ayam goreng nya ada sedikit keras tapi kira ok la jugak sebab kat kedai tu ada kucing, so lebih separuh ayam kat nasi goreng tu kucing yang makan. Tapi of coz la dia tak bayar.

Usai makan aku pun gi carik jajan sikit dan balik semula ke hotel. Takde apa lagi nak dibuat, aku pun kemas-kemas la beg dan teruskan tidur..Esok nak balik dah.


Bersambung...